Sunday, November 28, 2010

Letak jawatan hak individu

Link artikel: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm

PULAU PINANG - Tiada sebarang syarat dikenakan kepada mana-mana pemimpin dalam persatuan atau badan sukan supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka gagal menunaikan janji menyumbang pingat untuk negara dalam temasya sukan yang disertai.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, sekiranya ada, ia dibuat oleh individu berkenaan secara peribadi dan terpulang kepada persatuan atau badan sukan berkaitan mengambil tindakan selanjutnya.

Jelas beliau, ini kerana kementerian berpendapat, pasukan yang gagal atau tercicir tidak patut dibebankan kepada mana-mana individu sahaja sebaliknya semua pihak perlu bertanggungjawab.

''Rasa tanggungjawab pemegang jawatan dalam persatuan dan badan sukan soal masing-masing.

"Kita memang tidak pernah kenakan apa-apa syarat sekalipun jika mereka gagal tunai janji sumbang pingat seperti yang disasarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pertandingan paintball anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor di sini, semalam.

Beliau mengulas hasrat Datuk Ahmad Ismail yang bersedia untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sekiranya pasukan kebangsaan gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas di Sukan Asia 2010 yang sedang berlangsung di Guangzhou, China.

Pasukan negara hanya berjaya memperoleh dua pingat perak menerusi acara lelaki berpasukan dan regu.

Sementara itu, Razali berkata, kementeriannya akan melakukan kajian serta penelitian menyeluruh terhadap prestasi hambar yang dipamerkan oleh pasukan kebangsaan dalam acara sukan tertentu seperti boling dan boling padang yang sebelum ini dilihat mampu menyumbangkan pingat untuk negara.

Katanya, tindakan tersebut amat perlu bagi memastikan prestasi atlet berada pada landasan betul
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]