ZAINI HASSANMINGGU lalu saya menulis mengenai kuasa media melalui estet keempat - the fourth estate - dalam struktur pemerintahan negara. Saya menulis, media ialah kuasa. Estet keempat itu berada dalam doktrin kekuasaan bersama-sama estet pertama, eksekutif (perdana menteri dan menteri-menteri); estet kedua, legislatif (Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN); dan estet ketiga, judisial (badan kehakiman). Hanya orang yang bijak sahaja yang akan menghargai peranan media - tidak kiralah sama ada media itu menyebelahi dirinya atau pun tidak. Pas, dalam tahun-tahun 80-an dulu paling gemar membakar akhbar Utusan Malaysia apabila tidak bersetuju dengan tulisan akhbar itu. Sambil membakar mereka akan menjerit-jerit dan memaki hamun akhbar yang diasaskan pada 1939 itu. Itu dulu. Pas dan para pemimpinnya kini sudah mula membaca Utusan Malaysia kembali. DAP pula memboikot akhbar itu sampai ke hari ini apabila ia cuba mempersoalkan dasar parti itu, terutama ke atas orang-orang Melayu. (Nota: Yang lucunya para pemimpin DAP tetap membaca Utusan Malaysia secara senyap-senyap. Untuk rekod, Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw masih baca akhbar jawi terbitan Kumpulan Utusan). Hari ini, mereka tidak lagi membakar akhbar. Membakar akhbar adalah perbuatan kuno. Mereka kini menggunakan laman-laman blog melancarkan perang saraf ke atas akhbar-akhbar arus perdana (MSM). Istilah MSM dipopularkan oleh laman-laman blog yang rata-rata antikerajaan bagi mengapi-apikan masyarakat supaya memboikot MSM. Kolum saya minggu lalu itu bertajuk Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah? telah dipetik oleh laman blog The Malaysian Insider dalam ruangan Breaking Views. Kerana ia adalah laman maya, maka adalah orang yang menghantar secara pantas komen mengenai tulisan itu. Baca dan renunglah antara komen-komen itu (nota: ejaan, bahasa dan mutu tulisan tidak diubah): - "written by Abdul Said, May 13, 2009: Sungguh memberangsangkan dan aku sudah lama tidak membeli akhbar arus perdana yang telah lama dibawa arus." - "written by Mat Bodek, May 13, 2009: Anjing Kurap umNo menyalak... woof! woof!" - "written by harun, May 13, 2009 bagusla utusan dah sedar. bahawa dlm dunia media ni selain dari tulisan2 korg yg memutar belit fakta dan bersikap berat sebelah, masih ada media2 lain yg mampu memberi pandangan sebenar, paling kurang pon menyamai dengan persepsi masyarakat. jadi sebelom berkubur baiklah utusan berubah, tukarlah peraturan sape2 nk jd ketua editor kene sain borang keahlian umno, tulisan2 tu kritikal la sket terhdap kerajaan, kalau x, sile lah gali lubang kubur sendiri." - "written by Nina Wansem, May 13, 2009 Akhirnya sedar jugak Utusan Malaysia ni ye.. Ingat kan dah buta hati.. Pekak dan tuli.. Anyway.. Aku pun tak ingin nak beli your newspaper.. Even when i saw someone old.. really old.. read your paper.. I feel sorry for them.. Not knowing the truth... Kalau aku beli nasi lemak pun yang bungkus with Utusan Malaysia or Berita Harian - i will tell them I just wrap it in a plastic... No need newspaper.. Am so utterly disgust..." - "written by amoker, May 13, 2009 he wanted to put an academic justice in his article but obviously he is just another BN dog that is doing exactly what his master wants . The mass media in malaysia just does not get it. It is not about agresiveness, evil twists of the new media. It is because the mainstream media have lost is legitimacy. Who wants to watch RTM, bernama or TV3 on Perak? The newspapers are showing BN as angels and Pakatan as devils. We just watch a simple, non edited video clip and have a different perspective ... that the mainsteam media was spinning again. Without credibility, there is no power. So, his article of blaming the new media is running away from the core issue ... that mainstream media have credibility issue. People (like me) have stop buying and watching with confidence. That is the real death." Jika dulu kita akan melalui proses bacaan media ringan (akhbar tabloid) di peringkat sekolah dan kolej; kepada bacaan berat (akhbar arus perdana) di peringkat pascasekolah dan kolej - kini tahap ini telah diambil alih oleh medium blog (dengan terlalu cepat). "Golongan muda yang obses dengan media baru ini akan menjadi terlalu taksub dengan medium itu. Mereka yang terdedah secara luas kepada media baru ini akan menjadi opinion leader kepada kumpulan-kumpulan mereka pula dan keadaan ini akan bercambah dan bercambah…,'' kata Dr. Rahmat Ghazali, doktoran falsafah menerusi kajiannya mengenai kewartawanan dalam talian. Kebanyakannya adalah disebabkan kemunculan blog-blog antikerajaan yang terlalu sensasi dan mengujakan. Tulisan-tulisan menarik yang tidak dikawal oleh undang-undang telah menyebabkan pembaca obses, taksub dan mempercayai 100 peratus apa yang mereka baca dan lihat tanpa mereka sendiri sedari. "Hasil kajian dalam Malaysiakini, Harakah Online dan laman-laman blog yang lain, 99 peratus kandungannya terdiri daripada soal politik. Ia ditulis secara sensasi dan terlalu tebal dengan sifat antikerajaan. Lama-kelamaan golongan ini akan taksub dan obses dengan apa yang mereka baca,'' kata pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM itu. Apabila sudah terpengaruh dan taksub, mereka akan melihat sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka sebagai musuh. "Itulah yang berlaku sekarang. Budaya blog ini sudah menguasai fizikal dan mental golongan itu. Jika kita tidak bertindak seperti apa yang dilakukan oleh Singapura, China atau Arab Saudi, kita bimbang mereka ini akan bertindak lebih daripada itu,'' katanya merujuk kepada budaya anakisme (memberontak dan merusuh). Beliau berpendapat, tidak salah untuk mendapatkan jutaan maklumat dari sumber tidak bertapis itu, tetapi "apakah keupayaan minda kita sudah bersedia untuk menapisnya sendiri?" Seperti yang saya katakan di permulaan tulisan ini, kita tidak sepatutnya memboikot mana-mana medium komunikasi ini, namun ia haruslah diterima secara berhemah dan matang. Masyarakat kini bukan seperti masyarakat Barat atau di Amerika Syarikat yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Ketidaktentuan yang berlaku sekarang adalah disebabkan kerana "nafsu kita yang terlalu gelojoh mahu menerima perkara baru, tapi pemikiran kita belum bersedia, akibatnya kita begitu mudah dieksploitasi,'' jelas Dr. Rahmat. II. Media: Dari satu sudut pandangan berbeza (Sepucuk surat yang dihantar untuk ruangan Forum baru-baru ini) SEMASA saya aktif dalam gerakan Reformasi dan juga parti Pas, Utusan Malaysia saya gelarkan Utusan Meloya. Jika saya membeli pun saya akan membaca berita-berita yang tiada berkaitan politik Malaysia. Saya bersandarkan maklumat-maklumat dari Internet, SMS, Harakah dan beberapa media dari parti pembangkang, juga ceramah-ceramah anjuran parti pembangkang. Selepas pilihan raya umum tahun lepas dan ketika itu kemenangan pakatan rakyat yang dikuasai DAP di Negeri Perak, saya mula membeli akhbar itu untuk saya mendapatkan maklumat-maklumat tentang perkembangan politik Malaysia terutama bagi negeri tumpah darah saya, Perak. Ruangan Pendapat dan Forum merupakan ruangan yang menjadi kegemaran saya. Pada ruangan inilah yang banyak menyedarkan saya mengenai tanah air ini, perjuangan kemerdekaan, perjuangan datuk nenek moyang kita dahulu. Bagaimana sengsaranya kita apabila kuasa tidak ada lagi di tangan kita ketika itu. Kerap kali saya sebak, sedih, terharu dan kadang kala menangis sendirian apabila mengenangkan nasib bangsa Melayu ketika ini yang saling bersengketa, bermusuhan dan berpuak-puak. Pada masa dulu, saya adalah salah seorang yang memboikot Utusan Malaysia dan menyokong usaha-usaha pihak tertentu untuk memburuk-burukkan akhbar keramat ini. Tapi mulai saat dan detik ini Utusan Melayu merupakan salah satu nadi perjuangan saya. Tidak saya relakan akhbar keramat ini diperlekehkan, dihina, dicaci. Ini sumpah pendekar Melayu. Membujur lalu, melintang patah. ZAINI HASSAN khir69@yahoo.com.my- JAMAL LULKHIR (PASIR SALAK) |
Monday, November 22, 2010
Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah?
Label:
media
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment