Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan . 'Bedah siasat' pilihan raya Galas, Batu Sapi esok Pandangan Penulis : Satu tindakan yang wajar kerana bukan sahaja dapat menganalisa sebab kemenangan malah juga kekalahan di peti undi dan juga jentera parti. 2010/11/19 KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) esok akan melakukan 'post mortem' pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah ke arah memantapkan lagi jentera pilihan raya BN. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata post mortem itu akan meliputi semua aspek, termasuk menilai kekuatan dan kelemahan BN, meskipun BN memenangi kedua-dua pilihan raya kecil itu, 4 November lalu. “Ia adalah satu daripada perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat pengurusan BN esok (hari ini) sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Sabtu,” katanya ketika dihubungi semalam. BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti 6,359 undi berbanding majoriti 3,708 undi pada pilihan raya umum 2008, manakala di DUN Galas, BN berjaya merampas kembali kerusi berkenaan daripada PAS dengan majoriti 1,190 undi. Ketika ditanya sama ada persiapan menghadapi pilihan raya umum akan turut dibincangkan pada mesyuarat pengurusan BN hari ini dan dibawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN, katanya, ia tiada dalam agenda mesyuarat. “Bagaimanapun BN perlu dan akan sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya umum,” katanya. Katanya, mesyuarat pengurusan BN hari ini adalah seperti mana mesyuarat-mesyuarat pengurusan BN lalu, yang memang diadakan sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi. Katanya, mesyuarat akan juga membincangkan Konvensyen BN yang dijadual diadakan 28 November ini. Pada Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN berkata, konvensyen BN itu bagi meminda perlembagaan dan menggubal dasar yang bersikap lebih terbuka dan inklusif untuk mengiktiraf sumbangan parti politik, individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong parti itu. Katanya, pembentukan dasar itu penting bagi memantapkan kedudukan BN sebagai parti politik. |
Friday, November 19, 2010
PASCA PRK GALAS DAN BATU SAPI
Label:
PRK GALAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment