Friday, November 19, 2010

MENJELANG KONVENSYEN BN : PERLUKAN KERJA BERPASUKAN.

Kerja keras Najib kembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO, BN
Oleh Jamhariah Jaafar
bhnews@bharian.com.my
2010/11/19
KERJA kerasnya hampir dua tahun untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terhakis teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, mula berbalas. Rakyat sudah melihat beliau bekerja keras melancarkan pelbagai program transformasi – bermula perubahan serta merta membabitkan Perlembagaan UMNO sebaik mengambil alih jawatan Presiden, kepada transformasi pentadbiran, ekonomi dan sosial – yang membawa rakyat Malaysia kembali terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan negara.

Tidak hairan selepas bekerja tanpa menghiraukan kritikan, fitnah, kutukan, malahan melupakan masa rehatnya sendiri, Datuk Seri Najib Razak, sakit, tubuhnya memberi amaran ‘ take a break’. Namun tuaian paling manis bagi Perdana Menteri keenam ini apabila BN mencatat kemenangan berganda pada pilihan raya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi, baru-baru ini.
Slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ nyata bukan sekadar retorik kerana setiap pemimpin BN dikerah untuk merealisasikan kata-kata itu.
Najib tidak perlu membuat pemeriksaan terhadap pencapaian barisan kepemimpinannya kerana rakyat tidak lagi terhalang menyampaikan laporan secara langsung kepadanya mengenai gelagat, kelakuan dan tindakan yang menjadi KPI setiap barisan pemimpin UMNO dan BN – dari peringkat paling atas sehingga ke akar umbi.

Tetapi ini tidak bermakna tugas beliau semakin mudah. Beliau cuma lega kerana pembangkang membuat laluan Kerajaan BN semakin mudah kerana setiap hari ada saja tindakan menyerlahkan kepincangan dalam ketaksuban mereka menawan Putrajaya.

“Selepas kerja keras mengembalikan keyakinan rakyat, Najib akan menumpukan perhatian mengukuhkan Kabinetnya – baik dalam kerajaan mahupun dalam UMNO sendiri.

“Tapi tindakan yang bakal dibuat juga meletakkannya dalam dilema, kerana barisan sekarang adalah pilihan Perdana Menteri sebelum ini. Justeru, dia perlu menilai dengan teliti setiap perubahan yang dilakukan – ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus, tepung tidak bersepah,” kata seorang pemimpin UMNO.
Tugas melakukan perubahan barisan kepemimpinan bukan mudah apa lagi Najib sedar beliau perlu berani membuat perubahan demi survival UMNO serta BN menjelang PRU ke-13. Ramalan siapa berada dalam senarai rombakan bergema sejak berbulan lalu. Ia se-makin ketara selepas Perhimpunan Agung UMNO bulan lalu, kerana Najib sendiri memberitahu perubahan parti bakal berlaku.

Sebagai parti terunggul Melayu mengetuai komponen BN lebih setengah abad, perubahan yang bakal berlaku adalah penting. Ia bagi menyusun semula jentera kepemimpinan yang boleh menjana kemenangan lebih besar pada PRU ke-13 nanti.

Justeru, rasanya Najib tidak mempunyai pilihan selain ikhlas dalam membuat perubahan dan berharap mereka yang bakal terbabit dalam perubahan menerimanya dengan hati terbuka. Penjelasan mengenai mengapa perubahan ini amat penting perlu dilakukan dengan telus dan ikhlas.

Di peringkat Kabinet, Najib sudah pasti berdepan keadaan serius kerana sebarang tindakannya boleh diibaratkan bagai diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Beberapa nama disebut setiap kali cerita mengenai rombakan Kabinet tersebar. Menteri yang dikaitkan bila ditanya perasaan hanya tersenyum dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk menilai sendiri prestasi kerja mereka.

Bagaimanapun, Najib diharap menilai serius kedudukan menteri yang nyata membuat silap besar dalam membuat keputusan terutama membabitkan kepentingan peribadi dan melaksanakan tugas kerana ‘syok sendiri’.

Teguran Ahli Parlimen di Dewan Rakyat perlu diberi pertimbangan serius, tanpa mengira kedudukan seseorang menteri itu di dalam parti komponen BN.

Diharap juga sebarang pengguguran atau kemasukan nama baru ke dalam kabinet, bukan berasaskan kedudukan pemimpin di dalam parti, tapi wajar berlandaskan kemampuan mereka untuk memenangi hati rakyat.

PRU ke-12 memberi pengajaran pahit kepada BN, namun ia bukan salah Najib kerana beliau bukan Perdana Menteri ketika itu.

Transformasi barisan kepimpinan kerajaan BN adalah fasa paling penting bagi Najib untuk menebus sebarang kecurigaan dan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan Umno dan BN.

Perubahan kepimpinan di peringkat Ibu Pejabat UMNO juga perlu dilihat secara serius kerana ia memerlukan kerja sepadukan yang mantap.

Jawatan Setiausaha Agung, Setiausaha Kerja dan Ketua Penerangan adalah saling memerlukan serta saling melengkapi. Ia memerlukan pemimpin yang boleh menggerakkan jentera parti di peringkat Ibu Pejabat sehingga akar umbi, dan mesti mereka yang diterima di semua peringkat dan mudah ditemui.

Malah cadangan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi melepaskan jawatan sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri di Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan kepada kepimpinan peringkat negeri juga diharap dapat direalisasi. Cuma difahamkan ada negeri ada yang tidak bersetuju dengan nama ketua baru yang dicadang.

Di peringkat Kabinet, Perdana Menteri mungkin berdepan situasi yang diibaratkan bagai diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Beberapa nama disebut setiap kali cerita mengenai rombakan Kabinet terpacul. Menteri yang dikaitkan bila ditanya perasaan hanya tersenyum dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk menilai sendiri prestasi kerja mereka.

PRU ke-12 memberi pengajaran pahit kepada BN namun ia bukan salah Najib kerana beliau bukan Perdana Menteri ketika itu.

Transformasi barisan kepimpinan BN adalah fasa paling penting bagi Najib untuk menebus sebarang kecurigaan dan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan UMNO dan BN.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]