Monday, November 15, 2010

SIRI 1 : APABILA 13 MEI 1969 DI POLITIKKAN.

Azhar tidak takut digantung

PULAU PINANG 18 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim sudah bersedia malah tidak takut menghadapi kemungkinan digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka membincangkan kesnya Julai ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga itu berkata, beliau tidak akan patah semangat hanya kerana perkara itu disebabkan masih boleh membuat kenyataan dan bersuara menerusi saluran yang betul di luar.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan pakatan pembangkang terhadap dirinya sebagai tidak betul kerana menurutnya apabila seseorang hendak dirujuk ke jawatankuasa itu, ia perlu dibuat serta- merta.

''Bukan seperti mereka buat, bila dah habis bahas kemudian keluar minum lepas itu bila masuk balik baru nak buat usul, ini memang tidak betul, malah usul tersebut pun tidak dibahas tapi tiba-tiba bangun sokong usul dan habis.

''Kerajaan negeri tak perlu cakap pasal cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), pasal kebebasan, CAT 'tahi kucing', kerajaan negeri ini memang macam itu, siapa kritik tak puji mereka mesti kena tindakan.

''Jadi, kalau nak rujuk, silalah rujuk, mereka yang buat tuduhan dan bukan rujuk saya, mereka buat keputusan dan majoriti hakim juga mereka kerana kita hanya ada tiga berbanding mereka lima," katanya di sini hari ini.

Azhar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Speaker DUN, Datuk Halim Hussain bahawa beliau dijangka dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada Julai ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Sambutan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Peringkat Pulau Pinang yang diadakan di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri itu akan dirujuk ke jawatankuasa tersebut kerana didakwa melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbau hasutan ketika hari terakhir persidangan pada 6 Mei lalu.
Beliau dikatakan menggunakan perkataan '13 Mei' ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng semasa sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, tindakan ke atas dirinya itu adalah kerana mahu menutup mulutnya ekoran kelantangan beliau mengkritik dan mencungkil kelemahan pentadbiran Guan Eng

''Lebih 20 tahun menjadi wakil rakyat di negeri ini, Barisan Nasional (BN) tidak pernah merujuk mana-mana ADUN pakatan pembangkang ke jawatankuasa itu sedangkan kritikan dan kutukan mereka lebih dahsyat," katanya.


Kolum Cuit Utusan Malaysia Rabu lalu yang mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan sebagaimana Singapura memperingati peristiwa berdarah rusuhan kaum pada 21 Julai 1964 sebagai Hari Keharmonian Kaum.

Di Singapura, menurut buku Men in White: The Untold Story Of Singapore's Ruling Political Party, halaman 277: Murid-murid sekolah berarak meraikan Hari Harmoni Kaum (Racial Harmony Day) setiap 21 Julai bagi memperingati insiden rusuhan berdarah kaum pada 21 Julai 1964 yang mengorbankan 36 nyawa dan mencederakan 556 orang. Kira-kira 3,000 ditahan dalam insiden yang berlaku pada hari Maulidur Rasul (Maulud Nabi) itu.

Menurut Wikipedia: Rusuhan kaum 1964 itu berlaku di Singapura dalam dua waktu berbeza iaitu pada Julai dan September antara kumpulan Cina dan Melayu. Insiden pertama berlaku pada 21 Julai semasa orang Melayu berarak sempena hari Maulidur Rasul. Rusuhan itu juga dikenali sebagai Rusuhan Maulidur Rasul, Rusuhan Kaum 1964 dan Rusuhan Cina-Melayu (Sino-Malay). Semasa itu Singapura masih di bawah Persekutuan Malaysia.

Kini, pada setiap tarikh 21 Julai, Wikipedia mengulas: Ia diraikan bagi menggambarkan kejayaan Singapura membentuk masyarakat dan negara pelbagai kaum yang harmoni serta kaya dengan kepelbagaian warisan dan budaya.

Di sekolah-sekolah seluruh republik itu, murid-murid digalakkan berpakaian tradisional masing-masing, Cheongsam dan Baju Kurung. Juadah dan permainan tradisional turut memeriahkan sambutan.
  
Saranan itu setelah kerajaan DAP Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim selama enam bulan hanya kerana beliau mengeluarkan perkataan '13 Mei'. 

Memetik tulisan Almarhum Tun Abdul Rahman dalam bukunya 13 Mei Sebelum dan Selepas; beliau berkata: ''Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnahkan negara ini.

Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana ini. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini."

Rujukan : Sejarah bagaimana yang kita mahu? Oleh Dr.Mohd Ridhuan Tee Abdullah


Sesiapa yang mengkaji dan faham sejarah Malaysia, ia mesti merangkumi asal-usul Tanah Melayu, zaman kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu, zaman penjajahan dan kemasukan imigran, kebangkitan nasionalisme Melayu, Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kemerdekaan Tanah Melayu, sehinggalah membawa kepada penubuhan Malaysia.

Seterusnya, diikuti dengan dasar-dasar kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehinggalah hari ini. Kumpulan-kumpulan ekstrem ini asyik bercakap soal sumbangan bukan Melayu dan soal penentangan bukan Melayu terhadap Jepun 1942-1945. Sedangkan kita sedia maklum, sejarah penentangan terhadap Jepun penuh dengan kontroversi fakta dan dipertikaikan. Adakah benar orang Cina mempertahankan Tanah Melayu atau sekadar membalas dendam terhadap Jepun?

Jika benar orang bukan Melayu mahu memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu selepas pengunduran Jepun, kenapa Malayan Union yang cuba diperkenalkan British pada 1946, tidak ditentang? Kenapa hanya orang Melayu yang bangun menentang? Ini menunjukkan perjuangan menentang kemerdekaan amat diragui sebelum detik 31 Ogos 1957.


Mereka yang bukan berlatarbelakangkan sejarah, duduk diam-diam, tidak perlu berkokok keterlaluan. Bagaimana kita menghormati profesion orang lain, begitu juga orang lain mesti menghormati profesion kita, barulah itu dinamakan profesional. Janganlah terlalu bertindak ekstrem dalam hal ini. Banyak masa terbuang dan tidak banyak membawa faedah.


Saya fikir MCA, DAP dan Gerakan, tidak perlu campur tangan dalam soal akademik. 

Biar orang akademik yang melakukannya. Orang politik, jaga saja kawasan dan kerusi masing-masing, serta tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Tunku Abdul Rahman pernah berkata pada tahun 1953, orang Cina melalui MCA telah menerima dan mengiktiraf negara ini sebagai negara Melayu dan segala hak kepada orang Melayu tidak boleh dipersoalkan lagi. 

Ada takut Sejarah diwajibkan UMNO. Ada takut Sejarah diwajibkan. KUALA LUMPUR 28 Okt. - Seorang ahli Parlimen mendedahkan, ada pihak bimbang tembelang sebenar mereka terdedah sekiranya Sejarah dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu)

Keadaan sudah jauh berbeza - Soi Lek

KUALA LUMPUR 17 Ogos - MCA kesal dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan tragedi 13 Mei dengan tuntutan parti itu dalam Kongres Ekonomi Cina, Sabtu lalu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengingatkan Timbalan Perdana Menteri bahawa keadaan sosioekonomi negara jauh berbeza dari 1969 dan rakyat Malaysia kini berupaya untuk bersikap rasional dalam membincangkan isu tuntutan sesuatu kaum tanpa mencetuskan konflik perkauman.

Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa MCA tiada rancangan atau berminat untuk menafikan hak kaum lain dalam memperjuangkan kepentingan kaum Cina.

Justeru jelasnya, taat setia MCA terhadap Barisan Nasional (BN) tidak patut dipersoalkan kerana parti itu sebelum ini menyokong UMNO bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum lalu.

"MCA sentiasa sensitif terhadap peranannya sebagai parti komponen BN, namun kami juga harus memainkan peranan untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina bagi memastikan parti ini terus relevan.

"Apa yang kami minta adalah berkongsi dengan adil. MCA tidak berniat untuk merampas hak-hak kaum lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

Katanya, beliau mengakui bahawa setiap kaum berhak memperjuangkan nasib kumpulan yang diwakili, bagaimanapun perbuatan itu jangan sesekali dilihat boleh menjejaskan sensitiviti kaum lain.

Tegasnya, MCA harus menginsafi bahawa ia merupakan sebahagian daripada komponen BN yang sudah tentu mempunyai prinsip yang perlu dihormati secara bersama.

Dalam pada itu Soi Lek berkata, sebagai negara berbilang kaum, pembangunan Malaysia tidak sepatutnya berdasarkan 'pihak menang dapat semua, pihak kalah tidak dapat apa-apa' (zero-sum game).

Jelasnya, ia dikhuatiri akan menyebabkan negara ini terus terbelenggu di peringkat berpendapatan sederhana sekiranya kerajaan tidak meliberalkan ekonomi untuk meningkatkan pelaburan.

Tambahnya, kerajaan seharusnya menarik pelabur domestik dan asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan ekonomi negara dan mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Model Baru Ekonomi (MBE) ke arah negara berpendapatan tinggi pada 2020.

Soi Lek juga berkata, pelaksanaan pembangunan perlu berdasarkan keperluan, manfaat dan pasaran yang mesra orang ramai.

Oleh itu, beliau menyarankan masyarakat bumiputera perlu diberikan keutamaan harga (price preference) di dalam sektor-sektor ekonomi tertentu ketika meliberalkan ekonomi negara untuk melaksanakan tender secara terbuka.

"Bagaimanapun, bagi membolehkan bumiputera bersaing dengan lebih adil, maka kami mencadangkan supaya mengurangkan 30 peratus ekuiti bumiputera secara berperingkat-peringkat dan memperkenalkan keutamaan harga," katanya

Dalam pada itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, tidak mustahil tragedi 13 Mei 1969 berulang tetapi dalam skala yang lebih besar jika orang Melayu tidak segera bersatu bagi menyekat cita-cita DAP yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara republik.

Jelasnya, kemungkinan itu berasas jika melihat kepada tindak tanduk DAP yang begitu 'rakus' mempersoal dan mengguris hati masyarakat Melayu dewasa ini.

"Itu sebelum mereka berkuasa ... bayangkan apa akan jadi jika negara ini dipimpin oleh DAP atau boneka mereka pada masa depan. Kita boleh menilai destinasi melalui langkah pertama (DAP) lagi. Sudah pasti tiada lagi ketuanan Melayu dan hak serta kuasa Raja-Raja Melayu juga akan dihapuskan.

"Jika ini berlaku, maka saya pasti tragedi berdarah akan berulang kembali kerana sebahagian besar masyarakat Melayu masih lagi menghormati raja memandang institusi tersebut adalah lambang sebuah identiti Melayu," katanya.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, DAP mungkin percaya bahawa mereka akan berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, maka, pemikiran rakyat cuba dimomok secara agresif agar masyarakat menolak ketuanan Melayu.

"Ini bagi memastikan hasrat mereka untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik lebih senang kerana pada masa itu nanti pemikiran-pemikiran Melayu moden ini sudah menolak semua yang menjadi asas yang dipertahankan dalam Perlembagaan," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]