Stategi ini dah lapuk dan basi, dari dulu pun Anuu War memang begitu.Anwar terus burukkan MalaysiaKUALA LUMPUR 17 Nov. - Selepas menganggap pengiktirafan negara asing terhadap kemajuan Malaysia sebagai penghinaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlekehkan pula inkues bagi mencari punca kematian Teoh Beng Hock di pentas antarabangsa.Ketua Pembangkang yang sedang berdepan pertuduhan liwat itu mendakwa, kematian bekas setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor tersebut adalah 'kes pembunuhan yang tidak terjawab' biar pun ia sedang dibicarakan di Mahkamah Koroner. Tidak cukup dengan itu, Anwar juga menyifatkan kematian mendiang sebagai kekejaman yang dipercayai ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun tiada sebarang bukti kematian mangsa berpunca daripada pihak ketiga. Walhal, sebelum ini pembangkang yang mendesak siasatan rapi dijalankan termasuk menubuhkan inkues bagi mengenal pasti punca kematian, meskipun segala bukti yang ditampilkan sehingga kini menjurus kepada tindakan bunuh diri. "Australia harus lebih jelas dalam sokongannya terhadap demokrasi. Anda (Australia) mempunyai kedudukan yang kuat di Myammar tetapi sikap itu tidak diperlihatkan dalam isu kekejaman yang berlaku di Malaysia. "Kekejaman termasuk 'pembunuhan yang tidak terjawab' seorang aktivis pembangkang yang jatuh dari tingkat 14, menara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu," katanya seperti yang dipetik daripada akhbar Sydney Morning Post. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Anwar sewaktu ditemu bual Sky News Australia mendakwa, pengiktirafan yang diberi negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai negara Islam moden adalah satu penghinaan. Tindakan Anwar itu dipercayai merujuk kepada pengiktirafan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard terhadap kemajuan negara semasa beliau melakukan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini dalam usahanya untuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia. Anwar kini berada di Australia ketika partinya terumbang-ambing ekoran dakwaan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan semata-mata untuk meraih sokongan Gillard supaya memberi tekanan kepada BN yang dituduhnya mengamal rasuah serta menipu pada pilihan raya. Pada masa yang sama, bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga ingin memujuk New Zealand supaya berpihak kepadanya, selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat (AS) berhubung kes liwatnya gagal. |
Thursday, November 18, 2010
Label:
PEMILIHAN PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment