Peperiksaan Subjek Sejarah? Penulis yang menggunakan nama samaran Wen Boon dalam ruangan perbincangan rakyat di halaman 15 akhbar China Press terbitan 14 November mempersoalkan langkah mewajibkan subjek Sejarah. Pada pendapatnya, jika polisi ini dilaksanakan, dalam beberapa tahun akan datang, masalah akan kembali kepada asal di mana murid-murid yang tidak lulus mata pelajaran Sejarah gagal mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). ‘‘Mereka ini menjadi mangsa sesi ujikaji tikus putih. Ketika itu nanti baru akan dilihat semula sama ada polisi ini boleh diguna atau tidak. ‘‘Semua orang mempunyai pengalaman berasa bosan dengan subjek Sejarah yang terlalu berat. Susah untuk ingat nama-nama orang dan tahun,” katanya. Tambah Wen Boon, guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah bagaikan bijak bersilap mata hingga murid-murid boleh tidur lena dalam kelas. ‘‘Subjek Sejarah biasanya dimuatkan di penghujung waktu kelas. Murid-murid terpaksa belajar Sejarah kerana ia adalah subjek wajib lulus yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran. ‘‘Jika kerajaan anggap sejarah itu penting, Perdana Menteri patut pimpin semua menteri ambil peperiksaan Sejarah SPM sekali lagi. Jika ada menteri yang gagal dalam peperiksaan itu lucutkan jawatan mereka segera. Bila lulus Sejarah, baru boleh pegang jawatan semula,” katanya. Wen Boon mempersoalkan kenapa sebelum ini pihak kerajaan tidak pentingkan sejarah. Kerajaan yang lalu pentingkan Matematik dan Sains. ‘‘Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran masa belajar dulu, setiap penggal berapa markah sejarah yang mereka peroleh? Mereka yang menyokong dan bersetuju polisi ini pun perolehi banyak mana markah dalam Sejarah? ‘‘Jika kerajaan mahu laksanakan polisi ini, perlu ditanya semua kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kolej, sekolah menengah serta sekolah jenis kebangsaan kerajaan -- lulus atau tidak mata pelajaran sejarah dalam SPM,” jelasnya. Tambah Wen Boon, jika kakitangan berkenaan tidak lulus apakah mereka boleh ambil peperiksaan subjek Sejarah SPM sekali lagi? Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen juga perlu ada kelulusan mata pelajaran Sejarah peringkat SPM. Jika tidak, mereka hilang kelayakan menjadi wakil rakyat. Cara itu barulah menunjukkan kerajaan pentingkan mata pelajaran Sejarah. Kata Wen Boon, memang subjek Sejarah ada kepentingan. Semua mata pelajaran ada tujuan dan kepentingan tertentu. ‘‘Manusia boleh pelajari sesuatu daripada sejarah tetapi tidak pernah mengambil sejarah sebagai iktibar. Semoga nasib akan menyebelahi para pelajar yang akan menduduki SPM,” tambahnya. |
Thursday, November 18, 2010
SUBJEK SEJARAH - SATU PANDANGAN
Label:
SEJARAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment