"Saya sedang memikirkan... (sebelum ini) tergendala dua minggu sebab saya kena penyakit. Selepas ini, saya sudah bekerja seperti biasa dan saya akan beri tumpuan," katanya. Pada Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, beliau yang juga Presiden Umno berkata perubahan dalam kepimpinan Umno di peringkat tertentu supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak, akan diumumkan apabila sampai masanya. Ditanya sama ada rombakan Kabinet akan dilakukan, Perdana Menteri berkata: "Tak kan saya hendak beritahu. Rombakan Kabinet tidak akan diberitahu. Kalau tiada...tiada, kalau ada...ada". Najib berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam buah negara, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini. Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Rombakan terakhir Kali terakhir jemaah menteri dirombak adalad pada 1 Jun lalu. Ia rombakan kabinet pertama Najib setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu. Dalam rombakan itu, Datuk Seri Ong Tee Keat yang tewas pada pemilihan MCA pada MAC lalu digugurkan sebagai Menteri Pengangkutan. Najib pada rombakan itu juga juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru. Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri. Selain itu, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ismail juga dilantik sebagai timbalan menteri. |
Thursday, November 18, 2010
TERKINI :ROMBAKAN KABINET : KUASA PM.
Label:
ROMBAKAN KABINET
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment