Lebih baik kita buat kerja yang belum selesai. Tak ada faedah? Buang Masa ? Malah sia-siakan idea kita? Kadang-kadang bila kisah parti maka kita lupa kisah lama? Banyak agenda kita yang belum selesai lagi? Lagi pun sekarang ini ramai yang telah cerita? Termasuk mereka yang keluar PKR dan Bebas? Secara logiknya mereka lebih banyak berita dan cerita? Puak UMNO duk diam-diam, tak usah ulas pergolakan dalam PKRSamalah juga kalau ada pergeseran dalam UMNO, sudah pasti puak2 UMNO pun tak suka kalau Anwar, Lim Kit Siang, Karpal, Hadi Awang atau Nik Aziz nak bagi komen dan jadi nasi tambah perihal UMNO. Sudah pasti orang UMNO kata itu masalah rumah tangga mereka, biarlah mereka selesaikan. Ini aku nampak ramai pemimpin UMNO yang mencari peluang nak popularkan diri dengan memberi komen-komen perihal apa yang berlaku dalam PKR. Kalau mereka tak bagi komen atau tak jadi nasi tambah pun rakyat memang tahu itulah PKR, parti kacau-bilau rakyat. Media pun satu, dah tahu itu masalah dalam PKR kenapa pula nak tanya pendapat pemimpin-pemimpin UMNO dah sah-sahlah mereka akan bantai Anwar, Azmin dan PKR habis-habisan. Dah bagi bola tanggung apa lagi smash lah! Kalau nak tanya sangat pandangan orang lain, tanyalah orang PKR sendiri atau bekas-bekas pemimpin PKR. Barulah adil! Pemimpin UMNO jagalah parti mereka agar UMNO kembali di hati rakyat. Jagalah akar umbi dan jagalah bahagian serta cawangan masing-masing. Yang penting jaga hati rakyat dan pengundi. Tak usah sibuk-sibuk nak ulas atau komen masalah dalam parti orang. Rakyat boleh nampak, boleh baca dan boleh dengar. Tak usahlah pemimpin UMNO ni nak jadi radio rakyat pulak. Itulah pesan aku. Sebab aku memang menyampah kalau baca komen-komen Hisham, Zahid, Syed Ali Habshee, Shafie Apdal dan lain-lain sebab komen-komen yang diberikan tak membina langsung. Nada pun sama. Lagi menyampah ada. Mana tidak, mereka tak pernah berada dalam PKR dan tak tahu masalah sebenar dalam parti itu, sebaliknya mereka hanya baca surat khabar atau tengok TV saja, alih-alih nak bagi komen. Tak betullah tu. Biarlah PKR dengan masalahnya dan orang UMNO perkuatkan diri untuk hadapi PRU-13 nanti. UMNO tak boleh harapkan kelemahan dalam parti lawan untuk menang PRU nanti sebaliknya UMNO dan BN perlu perkuatkan diri. Itulah sebaik-baik jalan untuk pastikan BN terus berkuasa selepas PRU-13 nanti. |
Monday, November 22, 2010
TAK PERLU LAGI GEMBAR-GEMBURKAN KISAH ANUWAR DAN PKR ?
Label:
PEMILIHAN PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment