Friday, December 10, 2010

APA KATA AKHBAR CHINA MENGENAI PAS....

Isu-isu akhbar cina

MIMPI DAN KHAYALAN PAS

Akhbar China Press terbitan 6 Disember lalu menyiarkan sebuah artikel mengenai kerajaan Islam dan hukum hudud yang menjadi agenda Pas. Artikel di ruangan perbincangan rakyat bertajuk ‘Hadi Awang bermimpi dan berkhayal itu ditulis oleh penulis Xian Ren’. Menurut Xian Ren, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah lupa diri seketika apabila dengan lantang berkata jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat, Pas akan mengotakan janji melaksanakan konsep negara Islam termasuk melaksanakan hukum hudud.

Tulis Xian Ren lagi, jika Pas mahu kotakan konsep itu, syaratnya ialah kedudukan Pas mesti seperti UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Iaitu memiliki kerusi yang banyak dan boleh memerintah sendiri.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pula menjadi parti kecil dalam pakatan pembangkang yang peranannya seperti melayan Pas minum kopi dan semua keputusan terletak pada Pas. Barangkali mimpi dan khayalan Pas ini tidak sempat dilaksanakan kerana pakatan pembangkang sudah dijatuhkan oleh rakyat. Xian Ren menulis, sebelum pilihan raya 2008, Pas langsung tidak menyebut mengenai negara Islam.

Apa yang diuar-uarkan ialah perjuangan untuk kepentingan rakyat. Akhirnya Pas mendapat kemenangan besar yang tidak pernah dirasai selama 40 tahun mereka memerintah. Dalam pakatan pembangkang, prestasi undian Pas lebih baik daripada DAP. Tetapi bilangan kerusi Parlimen Pas tidak dapat menandingi DAP dan PKR.

Pada pilihan raya akan datang, Pas memerlukan kerusi yang lebih banyak atau melebihi DAP dan PKR untuk berkuasa penuh. Kaum Cina mengundi Pas pada pilihan raya umum 2008 kerana slogan perjuangan untuk rakyat parti itu.

Tanpa disangka-sangka selepas menang besar Pas sebaliknya tidak mengotakan janjinya. Perjuangan untuk kepentingan rakyat dan negara terus diketepikan dan kembali semula kepada isu negara Islam.

Bermain politik sehingga tidak tahu menjaga percakapan dan langsung tidak amanah. Adakah orang-orang Cina dapat menyokong Pas lagi pada masa depan? Impian Pas mahu menang lebih banyak kerusi di Parlimen pada pilihan raya akan datang sudah tentu tidak mungkin berlaku. Sebab orang-orang Cina lebih rela sokong UMNO kerana Pas tidak mahu meninggalkan konsep dan pemikiran negara Islam mereka. Boleh dibayangkan jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat, peranan Pas sudah tentu hanya kecil.

‘‘Sedangkan untuk mencabar UMNO hari ini pun Pas tidak layak, tetapi masih berangan-angan untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud? Bukankah itu orang-orang bodoh yang sedang bermimpi?,” tulis Xian Rein. Sambung penulis itu lagi, walaupun Pas sudah lama berakar umbi di Kelantan, tetapi parti itu masih gagal melaksanakan hukum hudud.

Sebaliknya Hadi ketika ini pula masih lagi mahu bangunkan konsep negara Islam dan hukum hudud. Tidakkah ia hanya semata-mata mahu menyusahkan pakatan pembangkang? Perbuatan itu langsung tidak membantu dan menjadi perosak yang hanya membantu BN. Tambah penulis itu, kesilapan Hadi ialah menganggap orang bukan Islam tidak tahu konsep negara Islam yang sebenar. Sebab itu orang bukan Islam dikatakan membantah konsep tersebut. Sebaliknya orang bukan Islam lebih memahami kesemua konsep-konsep negara Islam, sebab itu mereka tidak boleh menerima konsep itu.

PERLUKAH SEKOLAH MENENGAH

ALIRAN TAMIL?

Seorang penulis yang menggunakan nama samaran Ketua Naga Hijau menerusi akhbar China Press menulis mengenai perlunya sekolah menengah aliran Tamil. Artikel bertajuk ‘Apa kata kalau sekolah menengah Tamil ditubuhkan’ itu disiarkan menerusi ruangan perbincangan umum akhbar berkenaan terbitan 5 Disember lalu. Menurut penulis berkenaan, ketika ini terdapat kira-kira 60 buah sekolah menengah swasta Cina termasuk sekolah menengah Cina yang telah dijadikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang bilangannya mencecah sehingga 70 hingga 80 buah.

Tetapi kenapa tidak ada sebuah pun sekolah menengah swasta Tamil? Walaupun 60 buah sekolah menegang swasta Cina itu bukan mudah untuk diperoleh, tetapi masyarakat Cina dapat mendidik anak bangsa menjadi cerdik pandai. Menyumbang jasa kepada masyarakat dan negara.

Sehingga ke hari ini keperluan yang diperlukan oleh sekolah-sekolah Cina masih tidak mencukupi. Setiap sen yang ada dalam tangan masyarakat Cina itu boleh menentukan perkembangan dan hidup matinya sekolah menengah swasta Cina. Tidak memberi peluang kepada pembinaan sebuah sekolah menengah swasta Tamil, dalam penerusan budaya bangsa dan kaum orang-orang India, bukankah ia sesuatu yang amat malang? Mereka hanya diberi peluang untuk mendapat pendidikan di sekolah rendah Tamil.

Di sekolah menengah mereka hanya dapat belajar bahasa kebangsaan. Pelajar-pelajar kurang pintar yang ke sekolah kebangsaan, bermakna mereka terlepas peluang dan masa depan untuk mendapat pendidikan.

Kerana taraf bahasa kebangsaan mereka tidak dapat disamakan dengan anak-anak Melayu di sekolah kebangsaan. Begitu juga taraf bahasa kebangsaan anak-anak Cina. Jika mereka tiada pilihan dan peluang untuk terus belajar di sekolah menengah swasta Cina, sejarah hidup mereka juga akan berubah selamanya. Jika kita mahu menikmati taraf hidup yang lebih baik, selain meningkatkan keupayaan pembelajaran anak bangsa, kita sepatutnya lebih terbuka dalam bidang pendidikan.

Turutan budaya peninggalan nenek moyang kita, perlu dihebahkan kepada masyarakat dunia. Dengan itu saudara kaum India boleh terus hidup, mereka perlu membantu anak cucu orang-orang India terus mendapat pendidikan dan meningkatkan ke tahap yang terbaik. ‘‘Sebab itu kewujudan sekolah menengah swasta Tamil amat diperlukan. Jika pihak kementerian pelajaran boleh mewujudkan sekolah menengah Tamil, barulah negara ini boleh ke hadapan,” tulis penulis itu.

PANDANGAN PENULIS : Pemimpin PAS kena telan apa jua yang diperkatakan kerana mereka patuh pada perjanjian sebaliknya PKR dan DAP melakukan perjanjian lain yang tidak diketahui oleh PAS!

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]