Apa SUARAM Buat Mengenai Hak Asasi di Gaza? - Tun Dr. MBEKAS Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak dakwaan doktrin "Mahathirisme" telah kembali berikutan pencabulan terhadap politik dan hak asasi manusia oleh kerajaan persekutuan seperti didedahkan oleh Suaram. Bercakap kepada para pemberita selepas menghadiri Hari Inovasi Ideaprenuer MRSM di Bukit Jalil dekat sini, tokoh politik veteran itu berkata, mereka yang mendakwa memperjuangkan hak asasi manusia tidak seharusnya mementingkan hak asasi di negara ini sahaja. Beliau berkata, banyak cara untuk menginterpretasi hak asasi manusia dan ini tidak semestinya dilakukan dalam negara ini sahaja. "Anda lihat……kami membantu mereka di Genting Gaza yang musnah akibat perang sebagai contoh, ini kes hak asasi manusia. Orang ramai dibunuh. Adakah mereka memperkatakan tentang hal ini? Adakah mereka berbuat sesuatu untuk menolong? Ini satu pelanggaran hak asasi manusia," bidas Mahathir. Suaram semalam mendedahkan ulasan Laporan Politik dan Hak Asasi 2010, termasuk sebilangan besar mereka ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan dan tekanan terhadap media yang disifatkan sebagai "menutup mulut masyarakat". "Sudah tentu mereka terpaksa membuat dakwaan terhadap orang yang menentang mereka…..tapi ini bukan satu penilaian yang baik," katanya menambah, beliau juga berhak untuk menyatakan bahawa kumpulan hak asasi juga melanggar hak asasi manusia. "Saya juga boleh berkata mereka bersalah kerana mencabul hak asasi manusia kerana saya ada hak untuk berkata bahawa mereka menjadi hamba kepada negara-negara lain atau kepada sesetengah ahli politik. Ini adalah hak saya untuk menyatakan mereka ini melanggar hak asasi manusia," katanya. Senarai kesilapan dan salah-laku ke atas parti-parti politik dan pencabulan hak asasi oleh kerajaaan sepanjang 2010 menunjukkan negara kini kembali ke era zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kata pertubuhan hak asasi manusia, Suaram. Ketika mendedahkan laporannya - Civil and Political Rights Report 2010 hari ini, ahli jawatankuasa sekretariat, Hasbeemaputra Abu Bakar berkata pencabulan itu termasuk jumlah tangkapan yang tinggi ketika perhimpunan oleh rakyat dan kawalan ketat ke atas media yang menunjukkan 'tanda-tanda dasar masyarakat tertutup'. “Terdapat ruang yang sebegitu kecil bagi golongan yang menentang ataupun pandangan alternatif yang tidak sehaluan dengan kerajaan. “Ini adalah masa yang getir; ia boleh bergerak kepada kedua-dua arah, tetapi Suaram berpandangan ia petanda bahawa era Mahathir ketika mengawal masyarakat kini kembali,” katanya. SATU MELAYU: Kalau Suaram minat berpolitik, tukas sahaja nama NGO tu sebagai parti politik. Berpolitiklah sesuka hati dan perjuangkanlah apa-apa fahaman yang diminati PPUBJ : Kenapa tiba-tiba sahaja SUARAM jadi begitu perihatin dengan parti pembangkang? Banyak lagi kes-kes yag berlaku di negara ini tidak diendahkan oleh mereka tiba-tiba sahaja kenyataan tersebut dikeluarkan.... Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2010/12/apa-suaram-buat-mengenai-hak-asasi-di.html#ixzz17g5PBJ7j |
No comments:
Post a Comment