DAP Parti Penipu...Cakap Tak Serupa Bikin Salam semua… Penulis ingin memberi sedikit komen berkenaan dengan PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT DASAR BERSAMA PR : UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA! yang dicadangkan oleh DAP di konvensyen Pakatan Rakyat ke - 2 di Kepala Batas pada 19/12/2010. Penulis tidak sempat hendak menulis satu persatu janji-janji mereka kerana banyak sangat janji-janji yang mereka lontarkan di konvensyen tersebut. Penulis cuma ingat satu, antara lainnya DAP telah berjanji sekali lagi jika pakatan rakyat dapat memerintah Malaysia, mereka akan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol di seluruh Malaysia.Wow…dahsyat bunyinya… Penulis nak tergelak kerana cadangan tersebut telah mengingatkan penulis tentang janji-janji DAP sebelum PRU12 dulu bila mereka mengambil pendekatan yang sama bila berjanji kepada semua rakyat Pulau Pinang untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior – Seberang Jaya jika dapat memerintah Pulau Pinang. Harga tol yang serendah 50 sen itu walaubagaimanpun hanya tinggal janji kerana DAP telah menipu semua penduduk Pulau Pinang kerana tol tersebut masih lagi dikenakan oleh kerajaan DAP dari dahulu sehinggalah ke sakarang ini. Kalaulah harga tol yang serendah 50 sen pun tidak mampu dilupuskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, bagaimana agaknya mereka hendak memansuhkan kesemua bayaran tol di seluruh Malaysia. Nasihat penulis pada pemimpin-pemimpin DAP, kalau hendak cadang apa-apa pun biarlah logik sikit. Orang ramai bukannya bodoh. Penulis cabar Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya mengotakan janji beliau di atas yang belum ditunai olehnya selepas PRU12. Selepas itu baru beliau boleh bercakap pasal janji baru… P/S – Lim Guan Eng tak makankah KEK HITAM yang dibeli oleh rakyat negeri Pulau Pinang sempena kempen mari kita makan kek tolak politik lama yang dianjurkan oleh Nurul Izzah. |
Tuesday, December 21, 2010
BESAR PUNYA..... TIPU.....
Label:
DAP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment