Tuesday, December 21, 2010

PAS 2 X KENA TIPU .......

DAP langgar JANJI Pakatan Rakyat


Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, isu negara Islam perlu segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

Karpal ketika berucap dalam sesi penggulungan di konvensyen kedua Pakatan, berkata DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor MP merupakan satu-satunya pemimpin Pakatan yang membangkitkan isu kontroversi itu di konvensyen tersebut.

Peguam veteran itu menasihatkan PAS supaya jangan berulangkali mengatakan bahawa perlembagaan membolehkan penubuhan sebuah negara Islam, dan nasihatnya itu diterima  dengan baik oleh sebahagian besar hadirin Melayu-Muslim di konvensyen tersebut.

Beliau menasihatkan PAS supaya mempertahankan hak bukan Melayu untuk kebebasan beragama sepertimana parti itu membela Islam sebagai agama rasmi negara di bawah perlembagaan.

"Tolong beri 'muka' sikit kepada DAP," kata Karpal berseloroh, disambut ketawa para hadirin.

Memungkiri Janji Sebelum Ini

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan mengelak isu-isu sensitif antaranya dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS sebaliknya hanya akan memfokus isu-isu kepentingan bersama.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengetepikan cakap-cakap mengenai pendirian terbaru PAS yang mahu meneruskan usaha menubuhkan negara Islam jika mengambil alih Putrajaya dengan berkata konvensyen itu bukan tempat untuk membawa isu berkenaan.

Lalu PAS yang patuh kepada arahan melalui Setiausaha Agung nya Datuk Mustafa Ali telah meminta semua ahli-ahli supaya tidak lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti Islam itu sekiranya menguasai pentadbiran kerajaan pusat.

“Benda ini (negara Islam) sudah tidak ada isu, tak usah nak bangkitkan lagi isu ini.

“Tak usah nak bangkitkan lagi ” kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat bulanan PAS di Markas PAS Taman Melewar .

Sebelumnya, Mustafa juga telah mengarahkan kesemua pemimpin PAS tidak menyentuh isu-isu semasa dipercayai berkaitan dengan dasar negara Islam dan jawatan timbalan perdana menteri dipegang bukan Melayu sehingga parti itu mengambil satu pendirian mesyuarat bulanan PAS tersebut.

Mesyuarat jawatankuasa itu diadakan sehari selepas pertemuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat  dan minggu berikutnya mereka bertemu di Pulau Pinang sempena konvensyen kedua.

DAP langgar Janji

Namun apa yang berlaku di Konvensyen tersebut, Karpal Singh telah menasihatkan PAS supaya jangan berulangkali mengatakan bahawa perlembagaan membolehkan penubuhan sebuah negara Islam, malah  nasihatnya itu diterima baik oleh sebahagian besar hadirin Melayu-Muslim di konvensyen tersebut.

Pembaca boleh membuat telahan apakah akan berlaku jika Pakatan Rakyat memerintah. Mereka telah bermesyuarat, mereka telah bersetuju, mereka telah berjanji. PAS ikut sahaja telunjuk juak-juak di kalangan PKR dan DAP.

Namun, PAS diperbodohkan sekali lagi dan lagi dan lagi.

KESIAN PAS......

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]