Sunday, December 5, 2010

DAP Parti Anak-Beranak, Pas Jual Perjuangan Demi Si Pembohong PKR!

DAP Parti Anak-Beranak, Pas Jual Perjuangan Demi Si Pembohong PKR!



KUALA LUMPUR 5 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak melabelkan DAP sebagai parti anak-beranak sendirian berhad walaupun mereka berkokok dan menjerit kononnya keahlian mereka adalah berbilang kaum.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, sedangkan apabila dikaji senarai kepimpinan pusat parti itu, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir 67 peratus rakyat hanya mempunyai dua wakil sahaja manakala Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili.

“Sebab itu saya berpendapat parti ini seharusnya mengamalkan apa yang mereka khutbahkan.

“Di sini saya ingin katakan kepada mereka, mengakulah, bersikap teluslah kerana jika didedahkan statistik kepimpinan serta keahlian sebenar parti mereka mengikut kaum, maka sangat terang lagi bersuluh bahawa merekalah parti satu kaum yang menjadikan cauvinisme sebagai falsafah perjuangan dari dahulu sampai sekarang,” katanya sewaktu menyampaikan amanat dasar sempena Konvensyen BN 2010, di sini hari ini.

Pas, pula, kata Najib sebuah parti yang pelik apabila diamati kerana mendakwa memperjuangkan Islam tetapi boleh bekerjasama dengan pembohong besar.

Pas juga dilihat bekerjasama dengan pemalsu dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara.

“Adalah elok Pas bertindak lebih bijak dari itu dan menyedari hal tersebut serta eloklah sahaja terus berpegang kepada apa yang kononnya menjadi prinsip mereka selama ini,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]