Thursday, December 16, 2010

Didakwa hina Dewan : Tahu atau buat-buat tak tahu?

Pandikar Amin berkata: “Yang Berhormat Permatang Pauh, anda kenal saya... yang duduk di sini ini bukan boleh ditakutkan, diugut atas dasar persahabatan. Anda Ketua Pembangkang, anda berhasrat menjadi perdana menteri, anda tahu bagaimana kerajaan bekerja, sekarang anda beritahu saya, tunjuk saya apa yang sepatutnya saya lakukan.”

Speaker menempelak Anwar kerana beliau seolah-olah tidak memahami Peraturan Mesyuarat walaupun sebenarnya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen yang berhasrat memegang jawatan penting di Putrajaya faham keseluruhan situasi yang berlaku itu.

Karpal Singh, Sivarasa, Azmin didakwa hina Dewan

KUALA LUMPUR: Tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang dijangka dikenakan tindakan digantung selama enam bulan kerana menghina dan menyalahi hak serta keistimewaan sebagai Ahli Parlimen, selain menghina Dewan Rakyat.

Usul membabitkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak) itu menimbulkan kekecohan di kalangan Ahli Parlimen hingga menyebabkan 90 minit tempoh masa berbahas, bermula kira-kira 11.30 pagi dibazirkan apabila tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima usul itu dipertikaikan.
Syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, hari ini.
Usul itu sekali gus menjadi semuanya empat Ahli Parlimen pembangkang, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka digantung enam bulan berikutan laporan jawatankuasa berkenaan.

Terdahulu, usul itu yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat semalam menyebabkan Sivarasa dan Azmin beberapa kali bangun membantah sehingga Speaker mengarahkan kedua-duanya keluar Dewan.

Bantahan berkaitan usul pergantungan tiga Ahli Parlimen pembangkang itu timbul apabila Pandikar Amin menolak cadangan Sivarasa untuk membahaskan laporan WikiLeaks.

Keputusan Speaker itu menyebabkan Azmin mengkritik kewibawaannya dan mengaitkan isu usul penggantungan itu dengan menyatakan rasa tidak puas hati kerana Ahli Parlimen yang dinamakan dalam usul itu tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.
Anwar yang turut bangun mempertahankan Ahli Parlimen pembangkang terbabit berkata: “Sebelum ini saya tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri menerusi jawatankuasa sama, sekurang-kurangnya mereka (tiga Ahli Parlimen lain) diberi ruang sedemikian,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]