Thursday, December 16, 2010

DURIAN RUNTUK KETUA KAMPUNG DI PERAK

MELAKA YANG TELAH DITABALKAN NEGERI MAJU BILA LAGI NAK NAIKKAN ELAUN KETUA KAMPUNG?

 

Perak tambah elaun ketua kampung


2010/12/16

IPOH: Kerajaan Perak akan memberi elaun khas RM150 sebulan kepada 125 Ketua Kampung Baru sebagai tambahan kepada elaun RM800 yang diterima daripada Kerajaan Pusat, bermula Januari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata jumlah itu sama dengan elaun RM950 sebulan untuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diberikan Kerajaan Pusat, termasuk RM150 oleh kerajaan negeri.
Katanya, selaras kenaikan elaun itu, Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Baru mesti melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin atau mereka akan diminta berhenti sebelum kontrak pelantikan tamat.
Beliau berkata, sebelum ini sudah ada kes Pengerusi JKKK di negeri ini diarah berhenti kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sewajarnya.

“Mereka tinggal di kampung. Kalau mereka 'tidur', kita tidak akan biarkan orang yang tak melaksanakan tugas ini (terus memegang jawatan),” katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Zambry berkata, Bajet 2011 sudah meluluskan dana RM270,000 untuk elaun Ketua Kampung Baru dan lebih RM1.2 juta untuk kira-kira 820 Pengerusi JKKK seluruh Perak.

Katanya, elaun tambahan RM150 oleh kerajaan negeri itu bukan 'gula-gula' menjelang pilihan raya, sebaliknya ia bertujuan meningkatkan prestasi khidmat Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Baru kepada rakyat.
Sementara itu, beliau berkata, Perak kini stabil dari segi politik dan ekonomi, bukannya dalam krisis seperti yang cuba ditonjolkan menerusi buku 'Perak: Sebuah Negeri Dalam Krisis'.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]