Wednesday, December 22, 2010

EKSKLUSIF MAHKAMAH RAKYAT : ZAID VS KARPAL?

GEMPAR !!! ZAID AKAN MENYAMAN KARPAL KERANA FITNAH !!!


Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim akan menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh atas dakwaan memfitnah.
Beliau berkata,ia ekoran beberapa tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Karpal terhadapnya ketika menyampaikan ucapan pada konvensyen pakatan pembangkang di Pulau Pinang.Sambil menyifatkan Pengerusi DAP itu sebagai "ular" beliau berkata,Karpal sememangnya layak menerima gelaran itu,bukannya wira atau singa.
"Karpal menggelarkan saya sebagai 'celaka' selain menuduh saya membentuk satu kumpulan gengster UMNO untuk membakar bangunan Majlis Peguam pada 1988 semasa kes Tun Salleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara).Karpal merupakan seorang penipu dan 'celaka'. Saya akan failkan saman terhadap Pengerusi DAP tidak lama lagi memandangkan peguam saya sedang bercuti ketika ini,'' katanya semasa bertemu media
Karpal ketika berucap pada konvensyen itu berkata,beliau sebelum ini telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim supaya tidak menerima Zaid menyertai PKR kerana latar belakangnya sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak boleh dipercayai.Karpal berkata, beliau cukup mengenali Zaid selepas berada dalam profesion undang-undang selama 40 tahun.Pemimpin veteran DAP itu juga mendakwa semasa krisis kehakiman pada lewat 1980-an, Zaid merupakan 'budak suruhan' bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad selain bertindak menaja sekumpulan gengster supaya membakar bangunan Majlis Peguam di sini berhubung kes Salleh.Zaid berkata,Karpal harus sedar bahawa beliau bukannya seorang yang kebal dan tidak boleh dikalahkan.
Dalam perkembangan lain,beliau berkata,mustahil partinya akan menjadi rakan pakatan pembangkang berikutan beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh pemimpin-pemimpin utama pakatan itu, termasuk Anwar.Zaid dalam perkembangan sama turut mengkritik Karpal ekoran tindakan Pengerusi DAP itu menggesa kerajaan mempercepatkan siasatan terhadap Anwar atas tuduhan liwat ketika di Parlimen pada 1997.
"Ular ini pada ketika itu mendakwa yang beliau telah berjumpa dengan 'mangsa'. Ular ini kemudian berjaya meyakinkan orang ramai bahawa Anwar bersalah.Namun sekarang pandangannya sudah berbeza iaitu sejak menjadi peguam bela kepada Anwar.Sebenarnya Karpal tahu segala-galanya tentang Anwar dan situasi ini yang telah membuatkan Anwar sukar membebaskan dirinya daripada cengkaman DAP.Malang buat Anwar kerana beliau kini dibelenggu cengkaman (Timbalan Presiden PKR), Azmin (Ali), Karpal dan hanya Tuhan sahaja yang tahu selain mereka,''katanya.
Sementara itu, beliau sedia menerima saman Karpal kerana menggelarnya sebagai ular.
"Kita tengok sahaja jika beliau nak saman saya kerana saya menggelarnya ular tetapi saya juga akan menyamannya kerana fitnah yang dilemparkan terhadap saya,'' ujarnya.
KITA LIHAT ADAKAH KARPAL ULAR BELIT INI AKAN PUSING BALIK CERITA ??? DULU DIA KATA ANWAR HARUS BERTUBAT,SEKARANG ZAID PULA.INI LAH DAP SEBENAR,TALAM DUA MUKA.AGAK NYA KARPAL NI KOT SEBENAR NYA NAK SGT PEGANG PUTRAJAYA ??? HEHEHE...JANGAN HARAP LAH,CERMIN MUKA TU SIKIT...

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]