JANJI PRU 12 TAK TERTUNAI, KINI BUAT JANJI BARUProgram 100 hari reforbasi yang ingin dilaksanakan adalah hanya Propaganda menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang sibuk dicanang Pihak Pakatan Pembangkang sekarang. Reforbasi yang dicanang adalah untuk menyerang aspek pengurusan negara khususnya keselamatan dan ekonomi berdasarkan prinsip yang digariskan dalam dasar bersama Pakatan Haram. DAP pula cuba merancang dengan mengatakan, ianya adalah komitmen terhadap sesuatu perkara yang bakal dilakukan selepas mengambil alih kerajaan. Slogan "Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia" pada buku kecil di kovensyen PKR patut ditujukan pada Pakatan Pembangkang ni sendiri, oleh kerana sikap PKR ni yang terlalu biadap, berbohong demi kepentingan peribadi dan nafsu yang tak terkawal umtuk memburu kekuasaan seperti Ketua Pembangkangnya, Anwar yang dari dulu lagi tak sabar nak jadi PM. Sebenarnya PKR lah yang meranapkan Keadilan. Bagaimana pula Wakil Rakyat di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor yang telah dikenakan tindakan gantung daripada menghadiri Sidang Dewan..?? Apakah Keadilan yang dimaksudkan oleh Pembangkang...?? Apakah itu bukan Keadilan atau ia menggambarkan demokrasi telah runtuh..?? Lihat saja di Dewan Undangan Negeri Perak, Kerajaan yang dah disahkan oleh mahkamah dan Perlembagaan serta diperkenankan oleh Sultan dipermain-mainkan oleh PKR dengan menjajakan kepada umum dikatakan tidak sah. Pakatan Pembangkang bangga menggunakan perkataan "perampas", padahal pertukaran kerajaan berlaku disebabkan sikap tamak mereka sendiri. Kini cuba mengemukakan janji-janji baru pula nak dijajakan untuk rakyat. Pakatan Pembangkang tak tahu malu ker..?? Tanpa segan silu membuat janji-janji palsu untuk PRU yang akan datang pula..?? Apabila pengundi menuntut janji-janji terdahulu, pelbagai alasan diberikan termasuk cubaan mengalihkan kesalahan tidak dapat menunaikan janji-janji kepada Barisan Nasional pula. Pada Pilihan Raya Umum yang lalu, janji-janji manis ditaburkan Pakatan Pembangkang tanpa melihat dan mengkaji sama ada janji-janji itu dapat dilaksanakan atau pun tidak, hinggakan ramai pengundi yang terjebak dalam perangkap mereka. Jika Program 100 hari Pakatan Haram dilaksanakan, dari segi kewangan ia membazir dan tidak amanah. Ianya akan menyebabkan negara menanggung beban kos yang amat besar mencecah RM 100 Billion. Kerajaan Persekutuan yang sedia ada sekarang begitu kuat bekerja untuk menampung dan mengumpulkan wang untuk negara, sebaliknya Pihak Pembangkang sewenang-wenangnya nak menghabiskan kewangan negara. Jika hasrat Pembangkang ni mudah diterima oleh rakyat tanpa memikir agenda sebaliknya, rakyat akhirnya akan terpedaya malah negara akan jatuh muflis. Jika sayangkan anak-cucu kita, janganlah termakan "umpan" janji-janji manis Pakatan Pembangkang jika menang pada PRU ke 13. Sudah lebih 2 tahun Pakatan Pembangkang memerintah Kerajaan Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta dah 20 tahun memerintah Kelantan, Apa janji-janji manis yang telah ditunaikan oleh mereka ni..?? Deeiiiyy.....Ciittt....Poorraaahhh....!!! .....Itu PKR ...Auta punya kaki...!!! |
Wednesday, December 22, 2010
PAKATAN PEMBANGKANG "MEMPERBODOHKAN" PENGUNDI DENGAN JANJI BARU ?
Label:
PROGRAM 100 HARI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment