Friday, December 24, 2010

MARI RAMAI-RAMAI RAMAL PRU 13.

PRU 13 pada suku kedua 2011 atau tahun selepas itu?

19/12/2010 4:08pm

JOHOR BAHRU 19 Dis. – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diramal diadakan pada suku kedua tahun depan atau tahun selepas itu, menurut ramalan veteran UMNO, Datuk Shahrir Samad.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, PRU tidak akan diadakan pada Mac tahun depan seperti yang dijangkakan oleh parti pembangkang.
Beliau berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mahu melihat lebih banyak hasil diperoleh daripada semua dasar yang diperkenalkan sejak menjawat jawatan pada 3 April tahun lepas.
"Jadi, pilihan raya tidak akan diadakan secepat mungkin, mungkin akan diadakan pada akhir 2011 atau selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program kesedaran kesihatan di Kampung Sulaiman Menteri di sini hari ini.
Shahrir berkata, pakatan pembangkang hendaklah menumpukan perhatian untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan bukan terlalu tertumpu pada pilihan raya umum. – Bernama

Tarikh PRU13 Akan Mengejutkan – PM

TUMPAT, 16 Jun- Datuk Mohd Seri Najib Tun Abdul Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan “mengejutkan semua pihak”.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di sini, hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.
“Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semangat 1Malaysia,” kata Najib ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau mengadakan pilihan raya memandangkan tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas.
Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.
Najib berkata Barisan Nasional perlu terlebih dahulu memberi tumpuan terhadap usaha mengukuhkan kedudukan parti itu sebelum pilihan raya diadakan.
“Usaha kita pertama sekali ialah untuk kuatkan parti. Kita juga perlu mempunyai barisan kepimpinan yang berwibawa,” katanya.
Mengenai majlis menghadap Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota di Kota Baharu sebelum itu, Najib berkata acara itu adalah kunjungan peribadi dan bukannya lawatan kerja.
“Keadaan Sultan semakin baik berdasarkan taklimat yang diberikan oleh doktor peribadi Sultan,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]