Friday, December 3, 2010

Najib umum bahagian kedua MEB petang ini, urai teras inklusif

Link artikel: http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/najib-umum-bahagian-kedua-meb-petang-ini-urai-teras-inklusif/

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Bahagian kedua Model Ekonomi Baru (MEB) yang lama dinanti-nantikan akan dilancarkan petang ini oleh ini dengan dipercayai akan menekankan elemen-elemen inklusif untuk meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan menjelang 2020.

Laporan bahagian kedua akan dikeluarkan pukul 5 petang ini.

"Bahagian kedua MEB akan diumumkan esok (hari ini). Kami akan menyampaikan secara langsung menerusi Twitter (live-Tweeting), perkembangan terkini dari semasa ke semasa mulai pukul 5 petang," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi mesej Twitter lewat petang semalam.

The Malaysian Insider difahamkan ia akan menggariskan secara terperinci pendekatan untuk menarik pelaburan langsung asing, yang memberi tumpuan kepada komponen tenaga kerja - yang akhirnya mahu menuju ke arah peningkatan pendapatan rakyat.

"Ia lebih bersifat inklusif... kepentingan semua kaum diambil kira, tiada penekanan khusus kepada mana-mana kaum, tetapi pada masa yang sama, kepentingan setiap rakyat tidak diabaikan... pendekatan yang akan diumumkan dalam laporan kedua ini memang sesuatu yang menarik," kata sumber yang tidak mahu dikenali kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan khusus Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa pentadbiran Najib tidak mengabaikan soal tindakan afirmatif untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dalam menggubal MEB.

Gesaaan yang dikemukakan itu dikatakan menjadi salah satu sebab kelewatan kepada pengumuman laporan kedua MEB.

Sebelum pelancaran, sekretariat dijadual akan mengadakan sesi taklimat atau bengkel khas kepada pihak-pihak berkepentingan termasuk tokoh-tokoh perniagaan dan wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

"Bengkel ini disusuli dengan pelancaran laporan bahagian kedua model ini oleh Perdana Menteri," kata sumber itu lagi.

Najib melancarkan bahagian pertama MEB yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan pada 30 Mac lalu.

Bahagian kedua ini, yang dilihat agar lewat diumumkan, dinantikan banyak pihak selepas kerajaan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10.

Awalnya bahagian kedua ini dijangkakan akan diumumkan bersama Rancangan Malaysia Ke-10 dan disepadukan dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 kelak.

Ketika pelancaran bahagian pertama, Perdana Menteri berkata, pelbagai strategi akan dilaksanakan melalui MEB yang antara lain melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.

"MEB hendaklah dibina dari sini. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah, tetapi ia menjanjikan pulangan lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keutamaan MEB adalah untuk menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

"Sehubungan itu, adalah perlu MEB memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik.

"Ia akan memberi fokus terhadap keperluan seluruh rakyat seperti mereka yang tinggal di rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang seringkali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara.

"Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani juga tergolong dalam kategori ini. Begitu juga Orang Asli dan penduduk bandar berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi yang sukar," kata beliau ketika itu.

Laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia - dari segi individu dan wilayah.

Oleh itu, tegas Perdana Menteri, dasar afirmatif yang diperbaharui akan dilaksana berdasarkan empat prinsip yang mesra pasaran, merit, telus dan keperluan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]