Monday, December 13, 2010

PANAS : NEGARA ISLAM PAS BERI HELAH LAGI.

Elak bincang dasar negara Islam Pas, bukti pakatan berbeza ideologi

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Tindakan pakatan pembangkang yang mahu isu-isu sensitif seperti dasar negara Islam yang hendak dibawa oleh Pas dielakkan ketika konvensyen pakatan itu minggu depan jelas membuktikan mereka masih terikat dengan ideologi berbeza.
Sambil menyifatkan pakatan tersebut sebagai pakatan ‘kongsi gelap’, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, isu sedemikian sememangnya tidak akan dapat dibincangkan oleh pakatan berkenaan dan ia dilihat jauh berbeza dengan kesepakatan BN.
Menurut beliau, sejak dari awal lagi, pakatan pembangkang sudah saling tipu- menipu antara satu sama lain dan mereka hanya menunggu masa untuk berpecah.
“Seorang kata hendak tubuh negara Islam, yang seorang lagi kata ‘langkah mayat aku dahulu’ dan seorang lagi kata hendak rampas kuasa 16 September.
“Saya yakin, akhirnya pakatan ‘kongsi gelap’ ini, bila mereka hendak ‘agih-agihkan harta rampasan’ dan apabila pengagihan tidak betul, mereka akan bergaduh.
“Tunggu sahajalah waktu mereka akan pecah seperti gunung berapi yang hendak meletus dan menjadi serpihan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program Titian Kasih Ketiga anjuran Pemuda BN Parlimen Subang di Sungai Buloh, dekat sini hari ini.
Pada majlis tersebut, seramai 305 pelajar dan murid sekolah menerima sumbangan berupa bantuan persekolahan termasuk wang tunai RM100.
Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pakatan pembangkang akan mengelak daripada memperkatakan isu-isu sensitif termasuk dasar negara Islam yang hendak dibawa oleh Pas.
Pas yang sebelum ini lantang memperjuangkan dasar berkenaan bagaimanapun dilihat membisu dan akur dengan perkara tersebut.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, perkara yang berlaku dalam pembangkang sebenarnya jauh berbeza dengan BN yang memutuskan apa jua perkara berbangkit secara konsensus.
“Dalam BN, walaupun ada yang menyuarakan pendapat masing-masing, tetapi akhirnya kita akan bermesyuarat dan dalam mesyuarat, kita putuskan secara konsensus.
“Inilah kesepakatan dalam BN yang diamalkan sejak dari awal lagi dan ia berterusan,’’ jelasnya.
Ditanya tentang kerakusan Anwar untuk berkuasa, Tengku Adnan berkata, ia sebagai satu usaha untuk membolehkan beliau melakar sejarah bahawa tuduhan liwat ke atasnya dapat dihapuskan.
“Beliau (Anwar) bukan hendak perjuangkan rakyat dan bukannya sayangkan negara ini. Kalau sayangkan negara, sudah tentu beliau tidak akan ke luar negara dan memburuk-burukkan tanah air,’’ tegasnya.
Mengenai pendedahan WikiLeaks bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah hasil kerja ‘perangkap’ musuh politiknya, beliau berkata, WikiLeaks boleh mengeluarkan apa jua dakwaan.

Pas tetap perjuang negara Islam

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menafikan laporan portal berita propembangkang bahawa beliau meminta semua pihak supaya jangan membangkitkan lagi isu penubuhan negara Islam yang menjadi perjuangan parti tersebut.
Sambil menjelaskan bahawa sudah banyak kali kenyataannya disalah tafsirkan, Mustafa berkata, apa dimaksudkan supaya jangan dibangkitkan lagi adalah dalam konteks konvensyen pakatan pembangkang yang akan berlangsung di Pulau Pinang, minggu depan.
“Soal negara Islam hanyalah istilah tetapi perjuangan Islam tetap menjadi dasar Pas. Perkara ini bukan isu kerana DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) faham dengan dasar yang sekian lama diperjuangkan oleh Pas. Islam akan terus jadi pegangan Pas.
“Jangan kita hanya melihat pada istilah, istilah ini jika silap ditulis atau dilaporkan ia akan memberi maksud yang berbeza. Apa yang saya perkatakan pagi ini (hari ini) adalah dalam konteks konvensyen pakatan pembangkang nanti, bukan soal tidak mahu menubuhkan negara Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysian Insider bahawa Pas meminta semua pihak supaya jangan lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti itu sekiranya pembangkang menguasai kerajaan Pusat.
“Benda ini (negara Islam) sudah tidak ada isu, tak usah nak bangkitkan lagi isu ini. Tak usah nak bangkitkan lagi,” lapor Malaysian Insider yang mendakwa memetik kenyataan Mustafa selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja Pusat Pas di Markas Pas, Taman Melewar, hari ini.
Menurut portal itu lagi, ketetapan tersebut dibuat kira-kira seminggu selepas Mustafa yang sebelum ini mengarahkan semua pemimpin Pas supaya jangan menyentuh isu-isu semasa, dipercayai berkait dengan dasar negara Islam serta jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk bukan Melayu.

PPUBJ : Yang mana satu penyokong PAS nak ikut, sekejap kata OK sekejap KO....fening....fening...

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]