Tuesday, December 14, 2010

Hoki dapat semangat baru

Link artikel: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm

SUKAN hoki negara mendapat suntikan baru dalam program pembangunan pemain pelapis apabila kerajaan bersedia menambah peruntukan sebanyak RM3 juta dalam masa tiga tahun di bawah Projek Hoki 1MAS.

Projek Hoki 1MAS yang baru dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak di Stadium Tun Razak, Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam, bakal menelan pembelanjaan sebanyak RM2 juta setahun di bawah kelolaan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Begitupun, setelah melihat peningkatan skuad negara yang memberangsangkan, terbaru memenangi pingat perak pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou bulan lepas, Najib akhirnya mengumumkan bahawa program pembangunan ini akan disuntik dengan peruntukan RM1 juta lagi bagi setiap tiga tahun demi memastikan kecemerlangan tersebut berterusan.

"Sejak Malaysia beraksi pada separuh akhir Piala Dunia 1975 di Kuala Lumpur, tidak dinafikan bahawa hoki mula dilihat sebagai antara sukan yang amat berpotensi dan semakin diminati ramai," kata Najib pada Majlis Perasmian Projek Hoki 1MAS semalam.

"Malah setelah kita memenangi pingat perak Sukan Komanwel 1998 dan terbaru pingat perak di Sukan Asia, ia membuktikan bahawa sukan ini berada di standard tersendiri dan wajar diberi perha- tian.

"Cuma ketika ini, sukan hoki di Malaysia perlu diberi nafas baru, suntikan dan rangsangan untuk terus mencipta kejayaan di pering- kat lebih tinggi lagi.

"Justeru, demi memastikan kesinambungan ini berterusan, maka kerajaan bersedia menambah peruntukan kepada Projek Hoki 1MAS sebanyak RM3 juta bagi tiga tahun pertama dan sekiranya projek ini menunjukkan hasil, kerajaan mungkin akan menambah lagi peruntukan tersebut pada masa hadapan," ujar beliau lagi.

Menurut Najib, projek bagi melahirkan lebih ramai pemain pelapis pada masa hadapan amat penting kerana ia akan menjadi teras kepada kejayaan-kejayaan yang lebih cemerlang di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.

"Saya kagum dengan semangat melawan dan sikap tidak putus asa pemain negara ketika kita mene- waskan India (4-3) pada separuh akhir di Sukan Asia baru-baru ini," kata Najib.

"Walaupun kita kalah kepada Pakistan (0-2) di final, namun pujian wajar diberikan kepada pemain-pemain kita yang tidak menyerah kalah dan berjaya mencipta sejarah baru dalam hoki dengan memenangi pingat perak.

"Begitupun, kita tidak boleh terus dibuai dengan pencapaian ini dan hanya menumpukan perhatian terhadap skuad dan pemain yang kita ada sekarang.

"Sebaliknya, kita perlu ada teras yang kukuh di peringkat bawah kerana tanpa teras tersebut (pelapis), tidak akan ada kejayaan di peringkat tertinggi seperti ini. Jadi kita kena tumpukan kepada pembentukan teras yang kuat," ujar beliau lagi.

Turut hadir pada majlis berke- naan ialah Presiden PHM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong serta pemain dan bekas pemain hoki kebangsaan era 70-an.

Projek Hoki 1MAS merupakan program pembangunan jangka panjang di peringkat remaja dengan matlamat melahirkan pemain-pemain pelapis yang berkaliber dan mampu mewakili Malay- sia di peringkat antarabangsa menerusi sistem latihan dan struktur pembangunan yang tersusun di peringkat akar umbi.

Program ini telah bermula Julai lepas dengan melibatkan 840 pemain di 14 buah negeri seluruh negara dan dijangka meningkat sebanyak 20 peratus setiap tahun dengan sasaran melahirkan 2,100 pemain berkaliber sehingga tahun 2015
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]