Macam-macam Gimik Politik Bila Sedar Rakyat Makin Meluat Oleh : Al Kamarul Ab Latif KUALA LUMPUR, 15 Dis – Pakatan pembangkang terpaksa mengadakan pelbagai gimik politik setelah menyedari sokongan rakyat terhadap pakatan tersebut semakin luntur dengan pelbagai tindakan mereka yang “cakap tak serupa bikin”. Gimik tersebut terpaksa dilakukan bagi membeli semula hati rakyat yang jelas tertipu dengan janji-janji manis pakatan pembangkang sebelum ini yang menawarkan bulan, bintang dan matahari. Mengulas perkara tersebut, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata gimik politik parti pembangkang bukan sahaja menerusi tindakan malah istilah-istilah yang digunakan. “Kita kena hati-hati dengan perkara ini…istilah pakatan rakyat itu juga gimik… sebutan dia itu juga gimik…dia bukan pakatan rakyat tapi pakatan tiga empat kerat…jadi hati-hati dengan gimik istilah yang digunakan. “Mereka ini hanya main wayang politik… percayalah rakyat berpakat sebenarnya dalam Barisan Nasional (BN) sebab dalam BN tidak ada yang tidak diwakili….semua kaum diwakili dalam 13 komponen parti”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini. Mengenai tindakan DAP yang sejak kebelakangan ini mewar-warkan lantikan orang Melayu dalam jawatankuasanya, bacaan doa dalam persidangan mereka dan memberikan elaun tambahan kepada Guru KAFA, beliau beranggapan tindakan itu tidak lebih sekadar gula-gula politik. “Kepakaran mereka buat gimik politik ini.. patut difikirkan…doa ini satu lagi gimik DAP… faktanya orang Melayu tak menang pun pertandingan dengan lain perkataan perwakilan DAP tidak menerima orang Melayu sebagai pimpinan mereka…itu perkara yang termaktub. “….macam juga PKR..dia kata dia parti pelbagai kaum tapi dari tujuh jawatan utama tidak ada seorang pun wakil India yang menang…kata pelbagai kaum tapi orang India (jumlah keahlian) nombor dua dalam PKR. “…jadi mereka ini semua buat gimik politik …cakap tak serupa bikin sama juga macam Pas yang nak buat negara Islam…wah menjaja serata alam tapi bertanding 60 kerusi dari 222 parlimen…..gimik je… negara Islam gimik, parti pelbagai kaum gimik….laungan keadilan pun gimik”, ujarnya. Justeru tegas beliau lagi pakatan pembangkang hanya bergantung kepada gimik dan wayang politik mereka untuk menagih sokongan rakyat. -MediaUMNO |
Thursday, December 16, 2010
RAKYAT MELUAT PELBAGAI GIMIK POLITIK PR.....
Label:
ISU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment