Friday, December 17, 2010

RAYUAN SEORANG ADIK

Azmin sanggup tuduh Speaker kena beli UMNO demi pertahan Anwar..


Jika minggu lalu pemimpin pakatan rakyat heboh cerita kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal kena gantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen isu isu Apco yang kaitkan 1 Malaysia dengan 1 Israel, pada Rabu mereka bikin kecoh di Dewan Rakyat pula.
Malah dalam usaha mempertahankan Ketua Pembangkang itu, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang juga ‘panglima perang Anwar,” sanggup menuduh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dibeli oleh UMNO kerana tidak membenarkan usul tergempar mengenai isu itu dibangkitkan.
Usul tergempar itu untuk mempersoal hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Anwar tanpa diberi peluang membela diri, ditolak hari ini.
Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2011 pada peringkat jawatankuasa terganggu apabila Azmin bangkit dan membentangkan usul tergempar mengikut Peraturan Dewan 18(1).
Pandikar Amin berkata keputusan jawatankuasa itu belum dibentangkan di Dewan rakyat, justeru usul itu tidak perlu disegerakan.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR itu terus berhujah mendakwa Anwar tidak dapat perbicaraan yang adil kerana tidak dipanggil membela diri.
Walaupun beberapa kali diarah duduk, Azmin terus berdiri menyampaikan hujah.
Hingga satu peringkat, Azmin mendakwa Speaker itu dibeli UMNO.
"Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh UMNO, Barisan Nasional," kata Azmin.
Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan keputusannya adalah tepat kerana pihak jawatankuasa berhak untuk menolak mana-mana bukti yang dikemukakan.
Kenyataan Azmin menyebabakan ahli-ahli parlimen BN bangkit meminta Azmin memohon maaf kerana menghina Speakar tetapi tidak dipedulikan wakil rakyat PKR itu.
Dalam pada itu, Karpal Singh pula berkata Pandikar Amin tidak layak kerana beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
"Tuan Speaker harus berundur. Sekiranya tidak, maka berlakulah conflict of interest," kata Karpal.
Pandikar bagaimanapun enggan berbuat demikian.
Melihat keadaan semakin tegang, Pandikar kemudian mengarahkan beberapa ahli parlimen pembangkang yang terus berdiri mahu mencakap isu itu keluar Dewan sehingga jam 2.30 petang.
Berikutan penolakan usul itu, hampir semua ahli parlimen pakatan rakyat termasuk Anwar meninggalkan dewan tanda protes.
Minggu lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk daripada Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.
Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan 'Satu Malaysia' yang diilhamkan oleh Apco, dakwanya ditiru dari konsep 'One Israel' yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.
Pada 3 Disember lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan anggota jawatankuasa itu berkata ahli-ahlinya diberikan sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dan memutuskan telah membuat rumusan mereka.-8/12/2010

Menjelang keputusan isu APCO: Bising dulu…
NOOR HASILAH ISMAIL
Kalau bercakap tentang perang saraf kemungkinan ini memang dijangka. Beberapa hari kebelakangan ini sudah ada pihak yang cetuskan desas desus Datuk Seri Anwar Ibrahim besar kemungkinan kena gantung hadir sidang parlimen kerana mengaitkan konsep IMalaysia dengan 1Israel.

Senang cakap bising dulu gambarkan semuanya tidak adil menjelang keputusan kes itu yang ditentukan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diumumkan.

Jadi tidaklah menghairankan apabila Anwar memanggil satu sidang akhbar tergempar di ibupejabat PKR awal petang Jumaat untuk mempertikaikan perjalanan mesyuarat jawatankuasa itu di bangunan Parlimen pada sebelah pagi.

Difahamkan mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah membuat keputusan ke atas kes berkenaan.

Ia bagaimanapun perlu dibentangkan kepada Dewan Rakyat terlebih dahulu sebelum diumumkan.

Dalam sidang akhbarnya yang disertai oleh ahli jawatankuasa berkenaan Karpal Singh ( DAP-Bukit Gelugor) dan R. Sivarasa (PKR - Subang) , Anwar mempertikai jawatankuasa berkenaan tidak beri peluang beliau kemuka penjelasan berhubung isu APCO pada mesyuarat kali ini.
Beliau mendakwa jawatankuasa itu sengaja mahu mempercepat penggantungannya dari parlimen.
“Ketika kes saya dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan, Speaker telah berjanji bahawa saya akan diberi peluang mengemukakan bukti dan mempertahankan diri, tetapi ini tidak berlaku. Ini tidak adil dan ia adalah titik hitam dalam sejarah parlimen,” katanya.
Sementara itu, Karpal berkata, pada mesyuarat pagi Jumaat, beliau telah diberikan surat daripada APCO bertarikh 19 Ogos. Katanya beliau juga tidak diberitahu mengenai agenda mesyuarat.
“Tiba-tiba Ahli Parlimen Muar (Datuk Razali Ibrahim) mengusulkan supaya perkara itu (mengenai Apco) didengar dan usul itu disokong oleh Ahli Parlimen Alor Gajah (Dr Fong Chan Onn).
“Saya dan R Sivarasa (Ahli Parlimen PKR Subang Jaya) yang berada di situ meninggalkan mesyuarat sebagai tanda protes,” kata Karpal yang memberitahu beliau tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.
Selain Karpal, Sivarasa, Razali dan Dr Fong jawatankuasa berkenaan turut dianggotai Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).
Jika jawatankuasa berkenaan memutuskan Anwar bersalah, Ahli Parimen Permatang Pauh itu menghadapi kemungkinan digantung daripada menghadiri sesi parlimen akan datang, iaitu pada Mac 2011.

Desas desus yang dimainkan menduga beliau akan kena gantung selama enam bulan.
Apapun hukuman oleh jawatankuasa itu tidak menjejaskan hak beliau untuk bertanding jika pilihanraya diadakan.3/12/2010




Jika bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Datuk seri Anwar Ibrahim ‘bersara politik’, Zulkifli Noordin pula menasihat Ketua Umum PKR itu bertaubat.
Dengan nada lebih sinis, ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Baru yang dipecat dari PKR itu berkata, 



Jika bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Datuk seri Anwar Ibrahim ‘bersara politik’, Zulkifli Noordin pula menasihat Ketua Umum PKR itu bertaubat.
Dengan nada lebih sinis, ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Baru yang dipecat dari PKR itu berkata,


 

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]