PEMBANGKANG TAK LAYAK PERINTAH NEGARA - RAJA PETRARPK menyerang Parti Keadilan Rakyat itu dalam laman ruangannya, No Hold Barred. Para pemimpin PKR mengecam Raja Petra dengan hebat malah melabelkannya sebagai 'kuda Trojan' serta mendakwanya telah dibeli oleh sesetengah pihak. Raja Petra menulis, dia dianggap sebagai musuh Pakatan Rakyat. "Bagaimanapun, sekiranya saya bodek Pakatan Rakyat dan menghentam Barisan Nasional, saya akan menjadi anak sejati Malaysia, seorang patriot. "Inilah cara minda pembangkang berfungsi dan kita ingin mereka memerintah negara ini," soalnya. Dia menambah, apabila Malaysia Today membocorkan rahsia dan kertas-kertas sulit yang memudaratkan kerajaan, mereka tidak melatah. "Apabila WikiLeaks membocorkan rahsia-rahsia negatif kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya, PKR bertepuk tangan, bersorak serta berkata, WikiLeaks ialah satu anugerah Tuhan. "Sekarang bila keadaan sebaliknya berlaku, anda melatah dan mendakwa berlaku konspirasi dan sub judice. Berhenti menangis seperti bayi," ujar Raja Petra. "Namun, sejak bila parti pembangkang menghormati peraturan ini? "Semasa perbicaraan Liwat 1, kita mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) kaw kaw (secara hebat) dan berkata apa-apa sahaja mengenai isu tersebut bagaimana beliau mengenakan Anwar. "Sekarang di perbicaraan Liwat 2, kita menghentam Najib dan mendakwa beliau turut mengenakan Anwar," tulisnya. Jadi disini TEMBELANG Anwar dah pecah, semuanya dah dibongkar oleh Senjatanya dahulu yang kini nak makan TUAN badan balik. Buat baik dibalas baik, buat Anu, inilah pembalasannya. Terima aje lah pembalasannya Anwar...!!! |
Wednesday, December 22, 2010
RPK SUDAH TUKAR KAH?
Label:
PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment