Satu pendedahan dari ahli Dap sendiri berkaitan kepincangan, korupsi dan kronisme dalam Dap.
Apa nama … Apakah nama atau tajuk yang hebat untuk meringkaskan Dinasti Lim & Karpal di dalam parti Daddy Anak Party (DAP)?
Kedua-duanya tetap mempromosikan ahli keluarga masing-masing dan pada masa yang sama untuk menekan para pemimpin yang baik dalam Dap sendiri.
Karpal Singh adalah kepala kroni Lim dan anaknya. Dia hanya menari mengikut rentak Lim. Dia tidak banyak pilihan kerana terpaksa bergantung kepada Lim dan anaknya untuk kekal di dalam Dap selama ini.
Dia tidak memiliki cawangan atau pusat perkhidmatan pun. Dia tidak memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan pemilih. Dia adalah ahli Parlimen yang terkenal sebagai seorang yang sering membuat kenyataan tetapi ’0′ kerana gagal memberikan sebarang perkhidmatan kepada rakyat.
Namun, dia cukup dikenali sebagai rakan setia untuk ‘menjilat’ atau mengampu Lim anak beranak bagi melakukan kerja kotor dan membunuh pemimpin Dap yang baik dan berkaliber sehinggakan anak-anaknya seperti Gobind dan Jardeep juga boleh muncul entah daripada mana. Dia hanyalah penipu.
Kini saya malu menjadi ahli Daddy Anak Party (DAP) kerana parti itu dikuasai oleh para pemimpin yang memenuhi kepentingan sendiri, Kit Siang anak beranak, manakala Karpal dan anak beranak. Mereka hanya melindungi dan mempromosi anak-anak mereka dan kroni agar dapat terus bertahan di dalam dunia politiknya.
Pemimpin seperti Kua Kia Soong, Lee Ban Chien, Funf Ket Wing, SK Song, Teoh Teik Huat, Gooi Hock Seng, Chua Kow Eng, Liew Ah Kim, Kerk Kim Hock, Wee Choo Keong, Fazlan Yahya, Foo Piew Kok, Sim Tong Hin, Goh Lian Sun, Teng Chang Kim, Chan Chan Teik, Goh Hock Guan, Fan Yew Teng, Dr Boo dari Johor dan ramai lagi yang lebih baik tetapi telah dikesampingkan atau dipaksa keluar atau dipecat dalam keadaan yang meragukan.
Ya, Wee Choo Keong dipecat dengan tuduhan TIDAK MENUNJUKKAN KESETIAAN YANG MENCUKUPI. Bagaimana Dap boleh menjadi seburuk ini? Bahkan parti komunis juga tidak menuntut para pemimpinnya untuk menunjukkan kesetiaan sedemikian gila.
Fakta ini jelas mengesahkan pemimpin parti “Daddy Anak Party (DAP) (Kit, Karpal and Sons Sdn Bhd) mempromosi budaya berpuak-puak di Malaysia.
Tidak hairanlah YB Sim Tong Hin dan Goh Liang Sun dengan perlahan memberi pelajaran kepada Lim Kit Siang. Jangan lupa bagaimana Lim Guan Eng dan isterinya (Betty Chew) dikeluarkan dari jawatankuasa negeri Melaka.
Malah kedua-duanya tidak mampu untuk mengumpulkan suara yang cukup bagi menjadikan mereka ahli jawatankuasa biasa. Tetapi Kit Siang menyelamatkan Guan Eng dan isterinya daripada keganasan politik. Lantas Guan Eng dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Agung. Lucu betul!
Kit Siang dan Karpal hanya berminat untuk melindungi dan mempromosi ahli keluarga mereka dan kroni-kroninya walaupun mengorbankan kepentingan negara.
Mereka ketepikan kepentingan parti. Mereka sebaliknya menyalahgunakan dana parti untuk kepentingan mereka sendiri.
Kit Siang harus menjelaskan sama ada derma orang ramai menerusi ‘tin Milo’ yang edarkan telah diaudit dengan betul.
Pemecatan Tee Boon Hock adalah bukti kes yang jelas mereka melindungi kroni seperti Ronnie Liew, Tony Pua dan mereka yang seumpamanya. Kit Siang dan Karpal tahu benar bahawa Tee Boon Hock berpengaruh di kalangan pemimpin akar umbi di Selangor, dan mereka mesti menghapuskan Tee So supaya Ronnie Liu dan Tony Pua dapat terus bertahan di dalam politik.
Matlamatnya, mereka memperkukuhkan DINASTI mereka.
Saya hendak menyambung pendedahan mengenai Tony Pua yang bijak di dalam hal kewangan.
Tony Pua adalah satu lagi penipu. Dia telah berbohong pada perhimpunan tahunan 2008. Lihat profil di dalam blognya:
“Sebelum sepenuh masa menyertai politik pada Januari 2007, saya adalah CEO dan pengasas syarikat IT Malaysia, tersenarai di bursa saham Singapura. Saya jual semua saham itu supaya saya boleh berkhidmat kepada masyarakat dan terlibat di dalam sosio-politik Malaysia.”
Di dalam profil tersebut, Tony Pua malu untuk menyiarkan nama syarikat berkenaan iaitu Cyber Village Holding Ltd. Dia tidak menyatakan syarikat yang diuruskannya itu mengalami kerugian.
Pua tidak menyebut kepada syarikat mana dia menjual saham Cyber Village. Nama Cyber Village serta merta ditukar pada 2008 kepada Koyo International untuk mengaburi rakyat Malaysia, tentu saja, untuk mengelakkannya daripada dikesan.
Pua tidak menceritakan Cyber Village diambil alih oleh Brightsphere Sdn Bhd (co No: 804460). Brightsphere adalah syarikat RM2. Pemegang sahamnya adalah bekas kakitangan Cyber Village (Sua Shii Huey dan Shieh Yee Bing). Malah, setiausaha syarikat adalah isteri Pua, Yow Ting Fong. Alamat berdaftar Brightshphere adalah bersebelahan dengan pejabat firma guaman isteri Pua, Chris Lim Ting ang Partners, T-109, 3rd Floor, Centrepoint, Bandar Utama (Petaling, Selangor).
Pada 2004 Pua dan Cyber Villagenya terjerumus ke dalam masalah besar dan memerlukan bantuan kewangan. Siapakah yang menyelamatkan? Justin Leong Ming Loong, cucu kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dari Genting.
Justin Leong menyalurkan dalam S$ 3 juta ke dalam Cyber Village untuk membantu Pua. Untuk makluman pembaca dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Justin Leong dan rakan niaganya (Gau Xiang Jun) menggunakan Treasure Valley International Limited (ditubuhkan di Virgin Islands).
Itulah Tony Pua, orang yang mengaku dirinya jutawan di Singapura sebelum menyertai Dap pada 2008.
Jawatankuasa disiplin Daddy Anak Party (DAP) ini mestilah mengambil tindakan terhadap Tony Pua kerana berbohong pada perhimpunan tahunan 2008.
Ronnie Liu telah menandatangani surat sokongan empat bulan sebelum apa yang dilakukan Tee Boon Hock tetapi hanya ditegur. Jelas sekali tindakan menutup perlakuan korup Ronnie Liu.
Dia dikenali di Selangor di dalam kegiatan haram yang berkait rapat dengan aktiviti pelacuran, perjudian, pertaruhan sukan khususnya bolasepak, kegiatan Ah Long dan lain-lain.
Ronnie Liu dikelilingi oleh tiga orang kanan dari kegiatan haram iaitu Tan Meng Yeong, Pek Tan Chuan dan Tan Peck Kong alias ‘Tua Pek Kong’. Mereka juga dikenali dengan 3 Tan, yang menjaga pejabat EXCO Ronnie Liu tingkat 15.
Wee Choo Keong memang benar apabila mendedahkan rangkaian kegiatan haram Ronnie Liu pada 2009. Ahli-ahli Dap Selangor tahu tentang hal ini.
Tentu saja, Lim Kit Siang dan anaknya berpura-pura tidak tahu mengenai hal tersebut kerana kedua-duanya mungkin mendapat faedah daripada perlombongan pasir haram, skandal surat sokongan dan pertaruhan sukan secara haram.
Sekarang anda faham mengapa Lim Guan Eng dan ayahnya begitu sensitif terhadap lesen sah pertaruhan sukan beberapa bulan yang lalu.
Tujuannya mereka adalah hendak melindungi penyokong mereka dan juga ‘jalan’ (peluang) bagi mereka sendiri menerusi Ronnie Liu, dan kroni nombor 2 untuk Karpal.
Ahli-ahli Dap yang benar-benar tulen harus berhati-hati dengan Kit Siang dan anaknya, Karpal Singh dan anaknya, Ronnie Liu, Tony Pua dan beberapa orang lain yang bakal didedahkan akan datang.
Cukup untuk saat ini. Selamat malam.
Dasar Kuku Besi ‘Dinasti Lim’ Cengkam Dap Hampir 40 TahunKUALA LUMPUR, 5 Sept – Bekas orang kuat Dap, Wee Choo Keong berkata ‘tsunami kebenaran’ akan dari semasa ke semasa membongkar pelbagai kepincangan ‘dinasti Lim’ yang mencengkam Dap selama hampir 40 tahun.
Ahli atau pemimpin dap di sebarang peringkat akan menjadi mangsa diskriminasi dan berdepan hukuman dipecat jika tidak ‘setia kepada kepimpinan tertinggi’, jelasnya.
Ahli Parlimen Wangsa Maju itu berkata, “kebenaran adalah kebenaran. Seseorang hanya boleh putar belit atau berdalih, tetapi tetap tidak ke mana. Perlahan-lahan, tetapi pasti ia akan membawa hasil kerana keadaan akan menyebabkannya terbongkar.”
“Bapak dan anak boleh berpura-pura mereka baik dan tidak bersalah, serta tidak memperdulikan suara tidak puas hati.
“Semakin hari, semakin banyak pendedahan terhina akan berlaku dan tibalah tsunami dengan memahami lebih luas mengenai dasar kuku besi ‘dinasti Lim’ yang berdasarkan nepotisme, kronisme dan “cakap tak serupa bikin” … selama hampir 40 tahun!” kata Wee di dalam blognYA weechookeong.wordpress.com.
Tulisan terbaru itu adalah artikel siri kedua selepas pendedahan pertamanya mengenai wajah sebenar Dap yang bergerak bagaikan syarikat pesendirian ‘dinasti Lim’.
Wee sebelum ini juga mendedahkan bagaimana beliau dipecat daripada Dap kerana tidak ‘setia’ kepada pucuk pemimpinan Dap. Berikutan pengalaman itu, beliau sejak awal dapat menjangkakan keputusan mesyuarat tertinggi Dap mengenai sebarang tindakan disiplin kepada Ronnie Liu dan Tee Boon Hock.
-Media UMNO
Ronnie Liu Kroni Kit Siang Bebas Tindakan TegasKUALA LUMPUR, 27 Ogos – Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu bebas
daripada sebarang tindakan diambil oleh Jawatankuasa Pusat (CWC) Dap berikutan dengan kontroversi surat sokongan beliau.
Penganalisis politik, James Wong berkata, ini menunjukkan bahawa “bukanlah mudah untuk mengambil sebarang tindakan tegas yang boleh menjejaskan karier politiknya” kerana beliau telah dikenali di kalangan ahli-ahli politik yang setia dengan pemimpin veteran Lim Kit Siang dan anaknya dan juga Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng.
“Ronnie Liu mempunyai sokongan daripada sesetengah pemimpin dalam parti. Dengan itu, ia bukan mudah untuk mengambil sebarang tindakan tegas terhadap beliau,” katanya kepada Bernama dalam temu bual.
Ketika membuat pengumuman mengenai keputusan ini yang diputuskan pada mesyuarat CEC parti malam tadi, pengerusi DAP Karpal Singh berkata CEC tidak dapat mempertimbangkan tindakan selanjutnya terhadap Liu kerana beliau tidak memfailkan sebarang rayuan setelah ditegur dengan teruknya oleh Jawatankuasa Disiplin.
“CEC tidak mempunyai kuasa sendiri untuk meningkatkan hukuman tersebut oleh Jawatankuasa Disiplin,” kata Karpal.
Parti itu terbabit dalam kontroversi tersebut apabila anggota Majlis
Perbandaran Klang dan bekas pembantu Liu, Tee Boon Hock dipecat berikutan dengan penyalahgunaan kepala surat milik pengerusi Jawatankuasa kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri berkenaan.
Sesetengah anggota parti berkata, isu Liu tidak dibangkitkan untuk
dibincangkan setelah anggota CEC diberitahu bahawa mengikut perlembagaan parti, kecuali seseorang itu merayu, CEC tidak ada kuasa untuk mempertimbangkan perkara tersebut.
“Sebaik sahaja kita diberitahu mengenai perkara ini, kita tahu perkara itu
tidak akan dibincangkan. Kita tidak boleh bincangkan lagi.
“Sebab itu tidak ada sesiapa pun yang bercakap mengenai perkara tersebut semasa mesyuarat tersebut,” menurut seorang anggota parti memberitahu Bernama.
Bagaimanapun, sumber-sumber parti berkata sesetengah anggota CEC masih tidak berpuas hati dengan keputusan itu kerana DAP menghadapi persoalan sama ada mereka mengotakan apa yang dikatakan disebabkan ia telah menjejaskan imej parti dengan teruknya.
Tee ketika dihubungi berkata keputusan CEC untuk mengekalkan pemecatan oleh Jawtankuasa Disiplin menunjukkan beliau dijadikan kambing hitam.
“Mereka gunakan saya sebagai kambing hitam politik mereka agar dapat
membantu sesetengah pemimpin.
“Ini adalah tidak adil kepada saya. Saya dihukum tetapi yang lain tidak,”
kata beliau. -Bernama
Dasar Kuku Besi ‘Dinasti Lim’ Cengkam Dap Hampir 40 Tahun KUALA LUMPUR, 5 Sept – Bekas orang kuat Dap, Wee Choo Keong berkata ‘tsunami kebenaran’ akan dari semasa ke semasa membongkar pelbagai kepincangan ‘dinasti Lim’ yang mencengkam Dap selama hampir 40 tahun.
Ahli atau pemimpin dap di sebarang peringkat akan menjadi mangsa diskriminasi dan berdepan hukuman dipecat jika tidak ‘setia kepada kepimpinan tertinggi’, jelasnya.
Ahli Parlimen Wangsa Maju itu berkata, “kebenaran adalah kebenaran. Seseorang hanya boleh putar belit atau berdalih, tetapi tetap tidak ke mana. Perlahan-lahan, tetapi pasti ia akan membawa hasil kerana keadaan akan menyebabkannya terbongkar.”
“Bapak dan anak boleh berpura-pura mereka baik dan tidak bersalah, serta tidak memperdulikan suara tidak puas hati.
“Semakin hari, semakin banyak pendedahan terhina akan berlaku dan tibalah tsunami dengan memahami lebih luas mengenai dasar kuku besi ‘dinasti Lim’ yang berdasarkan nepotisme, kronisme dan “cakap tak serupa bikin” … selama hampir 40 tahun!” kata Wee di dalam blognya weechookeong.wordpress.com.
Tulisan terbaru itu adalah artikel siri kedua selepas pendedahan pertamanya mengenai wajah sebenar Dap yang bergerak bagaikan syarikat pesendirian ‘dinasti Lim’.
Wee sebelum ini juga mendedahkan bagaimana beliau dipecat daripada Dap kerana tidak ‘setia’ kepada pucuk pemimpinan Dap. Berikutan pengalaman itu, beliau sejak awal dapat menjangkakan keputusan mesyuarat tertinggi Dap mengenai sebarang tindakan disiplin kepada Ronnie Liu dan Tee Boon Hock. -MediaUMNO
|
No comments:
Post a Comment