Saturday, January 15, 2011

18 BULAN UNTUK PEMIMPIN PARTI MUHASABAH DIRI DAN KEPIMPINAN

Penangguhan pemilihan parti bagi tempoh 18 bulan adalah satu langkah yang bijak. Sebabnya mudah sahaja kerana ramai pemimpin masih belum bersedia untuk menghadapi PRU 13. Banyak masalah dalaman yang perlu diselesaikan. Bila ada pemilihan maka tidak hairanlah akan ada perpecahan. Baik parti kerajaan mahu pun pembangkang. Itu pun mereka masih nak mendakwa kita sudah matang dalam berpolitik! Sama ada pemimpin atau pun ahli parti sama sahaja 2 x 5. Bila nak selesai, hanya masa dan keadaan yang dapat menjawabnya.

Tempoh PRU Ke 12 akan matang pada April 2013. Lima tahun kini dirasakan sangat singkat. Dengan Pilihan Raya Kecil yang menghampiri 14 kali rasanya pengundi semakin matang. Namun ramai lagi yang tak matang sebab tak mahu terlibat dalam tanggungjawab untuk membentuk kerajaan. Dengan kata lain tak mendaftar sebagai pemilih. Hanya mereka sahaja yang tahu sebabnya tak mahu mendaftar. Semua parti politik dah buat kerja masing-masing. Bezanya ada yang komited dan berterusan malah ada yang hangat-hangat tahi ayam.Kemudian cari alasan untuk meletakkan kesalahan...

Bila parti UMNO menangguhkan pemilihan kepimpinan parti adalah suka dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Bagi yang tak menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Bahagian sudah tentu rasa syukur kerana masih ada masa lagi. Bagi pengikut pula rasa tertekan kerana ada pemimpin yang langsung tak buat apa-apa. Dah lah menang dengan majoriti yang tipis tapi masih bersenang lenang. Pengikut pula ada yang marah kerana mereka perlukan nakhoda baru tapi kena bersabar 18 bulan. Bukannya lama sekejap sahaja, kalau tak berubah juga rebahlah nanti.

18 bulan juga adalah masa yang diberikan oleh Presiden untuk semua pemimpin pelbagai peringkat bagi menilai kepimpinan mereka adakah diterima atau pun sebaliknya. Jika ada tanda-tanda yang pengundi dan ahli tak setuju wajarlah mengundurkan diri. Tak ada gunanya kita bersorak bila pilihanraya parti sedangkan dalam PRU kita kalah. Bagi ketua-ketua bahagian, janganlah asyik lena nak jadi YB sahaja, walau pun dah ditolak oleh pengundi. Bagi kepimpinan yang jadi pembangkang dinegeri-negeri tertentu, berlagaklah macam pembangkang. Dah dua tahun lebih tak kan lah tak tahu lagi. Kena kena berlipat kali ganda jika nak menang. Terlalu berpolitiking sahaja tidak membantu kemenangan dalam PRU 13.

Dah macam jadi adat dan budaya pulak akhir-ahir ini bila terlantik jadi Ketua Bahagian kena pegang jawatan sampai orang atau ahli parti tolak. Pandai-pandailah bawa diri, bila pengundi dan ahli parti tak suka dengan kepimpinan kita. Kalau kita lihat sejak PRU 12 2008 masih lagi ada yang terlena dalam mimpi indah, angin syurga dan sebagainya. Jadi persoalannya bila nak bermuhasabah diri. Tak ramai pemimpin yang praktikal apabila buat keputusan sama ada untuk berundur atau kekalkan jawatan. Malah ada juga yang menolak kepimpinan generasi muda.

Sampai bila kita tak dapat lahirkan pemimpin pelapis. Ya, benar bagi peringkat pusat kita tak kekurangan tapi dinegeri atau bahagian masih lagi sukar nak cari yang berwibawa, sebab dicantas dari awal lagi. Mana mana calon yag dilihat ada potensi, hayat politik hanya berakhir setakat Pemuda sahaja. Rasanya semua parti begitu, bila nak buat transformasi tak tahulah.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]