Kenaikan harga Petrol RON 97 baru baru ini, ada juga yang mengeluh walau pun tidak ramai yang menggunakannya. Pemilih kereta mewah dan juga sedikit golongan remaja. Ramai yang resah kerana harganya terus naik. Malah ada juga yang secara sindiiran mengatakan BN sinomim dengan ungkapan barang naik. Kita semua atau lebih tepat lagi hanya sebilangan kecil tahu bahawa kawalan harga minyak ditentukan oleh pasaran hadapan di New York dan juga London. Luar kawalan kita. Tetapi adakah ini diketahui oleh masayarakat di bawah? Bila tak tahu ramailah yang buat pelbagai tanggapan dan ditambah pula dengan tomahan dan fitnah dari pembangkang. Api yang marak disimbah dengan minyak PETROL RON 97 maka menyalalah dengan marak sekali. Minyak masak, barang kawalan kata Menteri berkenaan. Yang dikawal cuma harganya sahaja kot tidak bekalannya. Sebab akhir-akhir ini selepas gula kini minyak masak pula. Dua-dua barang ini keperluan rakyat terbanyak. Lebih lebih lagi orang miskin dan sederhana. orang kaya pula makan kat hotel kot. Rakyat rasa marah pada kerajaan bila bekalan kurang di pasaran. Menyusahkan. Kepada menteri berkenaan, mintak jaga sikit hal ini, Sekarang ni pasal minyak masak pun boleh dipolitikkan hingga masyarakat benci kerajaan. Bila dah benci tu faham0faham sahajalah. Ramai yang akan ambil kesempatan di ayer jernih. Bila ini berlaku maka kan susah kerjanya nak pujuk mereka balik. Jadi jaga keperluan mereka sebelum mereka merajuk dan lari..... Rokok, walau pun bahaya tetapi menjadi candu kepada ramai orang baik lelaki mahupun perempuan. Kini budak-budak sekolah pun tumpang sekaki. Dulu harganya tak sampai pun satu ringgit. Kini sekotak hampir sepuluh ringgit. Kata seorang penagih tegar rokok kalau dua puluh pun aku beli....Maknanya walau pun harga rokok naik beberapa kali tetapi masyarakat tak marah sebagaimana petrol dan minyak masak. Pelik juga rasanya.Dah tentulah rokok bawa mudharat kepada tubuh manusia tetapi ramai yang tak kisah naik berapa tinggi pun, tetapi jangan petrol dan minyak masak boleh tukar kerajaan jawabnya? angan biar masalah bekalan minyak masak berlarutan Baru beberapa hari melangkah tahun baru 2011, tiba-tiba seluruh negara disajikan dengan masalah kekurangan bekalan minyak masak. Sebenarnya, masalah yang sama pernah berlaku pada awal tahun 2008. Soalnya, kenapa ia masih berlaku dan berulang? Kita tidak mahu menuduh pihak kementerian berkenaan seolah-olah tidak mempunyai strategi jangka panjang. Apa yang penting kementerian itu mesti memiliki kaedah pemantauan yang berpanjangan dan mengenal pasti sebarang punca krisis yang terhasil daripada polisi-polisi tertentu. Acap kali kemusykilan ini bersarang di dalam minda rakyat Malaysia, bagaimana sebuah negara pengeluar dan pembekal minyak sawit utama di dunia boleh mengalami masalah bekalan ini? Hakikat hari ini ialah bekalan minyak masak di Lembah Klang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang dilaporkan habis sejak seminggu lalu. Ramai pengguna mengeluh. Alasan mendakwa para pengguna yang panik dikatakan punca kemelut ini tidak boleh diterima lagi. Ke mana perginya berpuluh ribu tan metrik minyak masak di pasaran negara sekarang? Jika begini keadaannya, tidak mustahil wujud pakatan bersama antara pengilang minyak masak serta para pembekal terbabit menyorok bekalan barangan itu. Lebih-lebih lagi selepas timbul spekulasi harga minyak masak hendak dinaikkan sebanyak 40 sen sekilogram. Secara umumnya minyak masak adalah barangan terkawal dengan harga ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan peket plastik (RM2.50). Pengguna tidak wajar menjadi mangsa dalam isu kekurangan bekalan minyak masak sekarang. Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah dan jaminan bekalan yang mencukupi akan pulih tetapi ia tidak menggambarkan keadaan sebenar. Masalah bekalan minyak masak sekarang perlu segera diatasi bagi mencegah tanggapan negatif rakyat terhadap sejauh mana ketegasan dan keberkesanan kawalan pihak kerajaan. Masalah yang berulang ini mesti ditangani dengan tindakan tegas kerajaan. Jika perlu, kerajaan boleh membatalkan segera lesen pihak pengeluar yang melakukan kegiatan menyorok bekalan demi memastikan jaminan keselamatan makanan negara terjamin. Kita amat-amat berharap, siasatan menyeluruh sehingga ke akar umbi untuk mengenal pasti punca sebenar perlu dijalankan supaya 'penjenayah' konsumerisme yang menjadi dalang di sebalik ketiadaan stok bekalan minyak masak di pasaran dihukum. Kementerian berkenaan mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan bekalan minyak masak mencukupi di seluruh negara. Sesungguhnya, kerajaan kena mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah kekurangan minyak masak ini agar apa yang berlaku kepada masalah gula pasir dahulu tidak berulang lagi. Sesungguhnya, kita hairan kenapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, barang-barang kawalan menghadapi masalah bekalan. Dan kerajaan diminta tegas terhadap permainan licik pengilang dan pemborong/pembekal yang memanipulasi keadaan dengan niat untuk menaikkan harga minyak masak. Pemimpin dan kerajaan yang kuat tidak akan tunduk dengan permainan peniaga yang tamak dan hanya memikirkan keuntungan./td> |
Thursday, January 6, 2011
ANTARA MINYAK MASAK, PETROL DAN ROKOK.
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment