Saturday, January 15, 2011

BUKU JINGGA : PEMBANGKANG TAK BUAT ANALISIS IMPAK

Kesan Jika 100 Janji Buku Jingga Pakatan Dilaksanakan - Mari Lihat Sini Dan Mohon Tambah Lagi Sebelum Disebarkan Seluruh Medan Maya Ini !!!

* Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).- kesannya negara akan huru hara bila gangster, penyamun, perompak, pengkhianat dan pelacur politik berleluasa hancurkan negara.Singapura pun ada ISA, begitu juga beberapa negara lain.Ada sesetengah kesalahan yang memerlukan pihak berkuasa bertindak dengan cepat bagi mengelak dari menjadi besar dan melarat, jika undang-undang sedia ada digunakan maka ianya akan mengambil proses yang lama, tak guna jika nasi dah jadi bubur.


* Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.- kesannya perbelanjaan meningkat dan duit untuk subsidi pendidikan, kesihatan dll yg penting termasuk makanan akan terjejas sedangkan tol hanya diguna oleh sebilangan rakyat sahaja di bandar bukan semua warga negara.


* Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat. Kesannya : pelabur swasta akan takut melabur apabila melihat kesan hasutan rakyat bahawa projek seumpama itu dilabelkan sebagai membazir atau ada unsur kronisme. Ini juga akan menjejaskan usaha negara yang memang memerlukan penglibatan swasta dalam membangunkan negara kita. Jelas pembangkang tidak memberikan janji yang wajar dalam hal ini.


* Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang. Ini juga sangat membebankan perbelanjaan kerajaan. Bayangkan jika bonus RM500 kepada kakitangan awam pun sudah melibatkan kos yang besar maka apakah ada jaminan 'khazanah negara' akan kekal jika janji sebegini ditaburkan demi merampas kuasa untuk menduduki takhta Putrajaya ? Dengan bilangan guru yang berijazah sahaja maka kerajaan kena sediakan dana hampir RM 50 billon sebelum. Jika demikian maka dalam masa 2 tahun sahaja kerajaan boleh bangkrap. Jika guru sahaja yang dapat apa nak jadi dengan 1.2 juta kakitangan awam yang lain. Sanggupkah mereka melihat sahaja? Jika tak percaya tanya sendiri penjawat awam yang lain, mereka tak mahu ke?


* Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan. kesannya : Semua tahu sumber air dunia sudah tercemar. Maka terpaksa kos rawatan dilakukan dan melibatkan kos. Penukaran paip lama juga melibatkan kos tinggi. Semua ini demi membolehkan rakyat termasuk pelabur mendapat bekalan air bersih yang mencukupi untuk kehidupan dan perniagaan mereka. Bidang kuasa air adalah kuasa negeri tetapi tak mampu nak lakukan sebab kurang duit, Kan bagus lagi praktikal jika pusat yang buat.... tah


* Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar. kesannya : ini juga janji ketika belum mendapat kuasa. Sama seperti di negeri Selangor yang dijanjikan pakatan dengan berbagai janji. Tetapi tidak ditunaikan kesemuanya hingga kini. Perkara yang sama juga di negeri pakatan yang lain.


* Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. kesannya : negara akan gagal meneruskan bakti membantu orang Melayu Felda jika ini dilaksanakan. Janji ini bukan mahu membaiki tetapi menjahanamkan agensi yang sudah terlalu banyak jasanya kepada rakyat Malaysia khasnya orang Melayu di luar bandar. Kerajaan tak menyediakan dana bagi membayar gaji kakitangan FELDA, dengan duit inilah FELDA membayar gaji bulan. Dengan jumlah anak peneroka dapat seorang seekar tanah apa yang boleh dilakukan, lagi pun untuk generasi kedua ini dah banyak pun peluang diberikan pada mereka..

* Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%. kesannya : perasaan tidak puas hati akan timbul apabila perkara ini ditimbulkan kerana selama ini jumlah pembangunan untuk Sabah dan Sarawak lebih besar dari jumlah minyak yang dihantar kepada Federal. Maksudnya keuntungan minyak lebih rendah dari bajet Persekutuan beri untuk pembangunan kedua negeri tersebut.

* Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman. kesannya : sistem ada sekarang sudah lengkap dan elok. Namun persepsi sebegini ditimbulkan demi meraih sokongan politik. Kegagalan sistem ini berfungsi atau gagal dilihat dengan baik hingga dipercayai akan menyebabkan negara huru hara. Kerana keadilan itu akan terlaksana apabila ia adil dan dilihat adil. Justeru ini satu lagi permainan persepsi yang jahat oleh Pakatan Rakyat. Bukan semua keputusan hakim memihak kepada kerajaan, ada juga kes yang kerajaan kalah. Pembangkang bila menang kes , sistem betul bila kalah suruh tukar hakim....

* Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah. Kesannya : selama ini apa yang tidak dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah tersebut ? Sila google di internet dan dapatkan fakta yang benar

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]