Saturday, January 15, 2011

JAGA-JAGA PERANG PSOKOLOGI MENJELANG PRK TENANG.

Pakatan Rakyat Mahu Lancarkan Perang Psikologi!
WARKAH UTUSAN PRIBUMI : PENJANA FIKIRAN ANAK MUDA

Mengikut laporan Harakah Daily, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dikatakan akan mewakili Pakatan Rakyat untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tarikh 19 Januari ini.Tarikh tersebut merupakan 3 hari sebelum menjelangnya hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil N05 Dun Tenang, Johor.

Tujuan pertemuan itu diadakan kononnya mahu memperlihatkan PRK N05 Dun Tenang kali ini lebih bersifat adil dan bebas. Bukti kenyataan : Pakatan Rakyat diwakili Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan isu pilihan raya yang bebas dan adil.

"Datuk Mustafa Ali mewakili ketiga-tiga parti telah menghubungi SPR untuk mengadakan pertemuan dengan kadar segera dalam isu menyentuh pilihan raya Tenang dan juga prosedur dan keprihatinan kita dalam isu SPR," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Mustafa menambah, pertemuan dengan SPR itu bagi memastikan pilihan raya dapat berjalan dengan adil tanpa sebarang penipuan.
"Menjadi kelaziman apabila kita menghadapi pilihan raya kecil atau pilihan raya umum, kita mengadakan pertemuan dengan SPR kerana yang penting bagi kita ialah pilihan raya yang bebas dan adil," katanya

Sumber : Harakah Daily

Penulis ingin fokus kepada kenyataan dan dakwaan beliau (Mustafa Ali) yang mengenai isu pilihanraya yang bebas dan adil.Kenyataan beliau itu boleh disifatkan sebagai satu teknik untuk menarik simpati dan
perhatian rakyat di samping mencerminkan bahawa seolah-olah selama ini PRK seperti PRK Hulu Selangor, PRK Dun Galas, dan PRK Batu Sapi misalnya berlangsung dengan tidak adil dan berlakunya penyelewengan.

Mungkin juga beliau cuba nak memberitahu kepada rakyat bahawa kemenangan BN dalam kesemua PRK yang lepas merupakan kemenangan yang berlandaskan kepada penyelewengan dan ketidakadilan, begitu?.Penulis berharap agar para pembaca tidak terpedaya dengan muslihat halus PR ini.

Selama berlangsungnya PRK yang lalu, kesemuanya berjalan lancar dengan proses PRK yang dikendalikan oleh SPR juga lancar dan telus.Tidak berlaku sebarang penyelewengan kecuali tindakan provokasi puak penyokong PAS yang agresif menarik tangan pengundi agar mengundi pihak PR.Adakah penulis telah membuat fitnah?.Penulis masih ingat lagi kejadian tersebut.

Penulis berpendapat bahawa dakwaan Mustafa Ali ini sebagai satu serangan psikologi buat pihak BN dan semua pihak Pro BN bagi memastikan semangat BN lemah dalam kalangan mereka yang pro kepada parti berkenaan.Kemenangan BN dalam semua PRK lalu juga menyebabkan puak PR tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima hakikat kekalahan dan kelemahan mereka.Contoh paling jelas, sewaktu kemenangan P. Kalamanathan di Hulu Selangor, Zaid Ibrahim yang ketika itu masih ahli PKR tewas dan beliau tidak dapat menerima hakikat.

Beliau menuduh BN membuat penyelewengan sehinggakan BN memperoleh kemenangan di Hulu Selangor.Percayalah kata-kata penulis.Ini semua merupakan strategi melancarkan perang psikologi oleh pihak PR terhadap BN sahaja.

Kenyataan Mustafa Ali berkaitan keprihatinan PR terhadap isu SPR (rujuk diatas).Apakah sebenarnya muslihat atau makna tersirat di sebalik kenyataan beliau itu?.Penulis tidak nampak SPR membuat apa jua isu yang mencemarkan kredibilitinya.Prihatin terhadap isu SPR?. Erm...Wallahualam.Ada udang di sebalik batu agaknya.

Penulis malas nak mengulas panjang.Setiap kali menjelang musim pilihan raya, puak PR banyak memainkan provokasi bermacam-macam, merekalah yang banyak buat penyelewengan dan apabila mereka tewas, mereka tuduh BN dan SPR mengamalkan penyelewengan dan bersifat tidak adil serta telus.Bila mereka menang, SPR dipuji melambung sehingga tidak ingat dunia.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]