BN dijangka mampu kekalkan kerusi DUN Merlimau24/01/2011 5:13pm KUALA LUMPUR, 24 Jan. - Barisan Nasional (BN) dijangka mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka pada pilihan raya kecil yang akan diadakan nanti. Keyakinan itu diluahkan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berdasarkan pencapaian BN di kerusi itu pada beberapa pilihan raya umum sebelum ini. "Bukan sahaja menang, tetapi majoriti kita pun bertambah daripada yang lalu,” katanya. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berdasarkan keputusan pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, BN berjaya mengekalkan kerusi itu dengan majoriti yang membanggakan. Pada 1999, BN yang diwakili UMNO menang dengan majoriti 2,252 undi, 2004 (5,087 undi) dan 2008 dengan majoriti 2,154 undi, katanya. - Bernama |
Monday, January 31, 2011
INFO N27
Label:
PRK MERLIMAU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment