Monday, January 31, 2011

INFO PRK DUN MERLIMAU :AWAL LAGI DAH BERPECAH.......

P/K DUN MERLIMAU PKR TOLONG HORMAT PAS SIKIT

P/K DUN Merlimau, PKR Diminta Hormati PAS?


KL 25 Jan 11:
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka, PKR diminta hormati PAS sebagai rakan Pakatan, meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh pilihan  raya kecil bagi kawasan itu. Pemuda PAS hari ini dilaporkan oleh Bernama, mahu hak parti itu untuk bertanding dikekalkan dan dihormati rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Berpegang  kepada persetujuan sebelum ini, ia patutnya dikekalkan status quo  kepada PAS. Saya harap pihak-pihak berkenaan menghormatinya,” kata  ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi.

Menurutnya,  perkara itu telah dipersetujui bersama oleh pakatan PAS-DAP-PKR sebelum  ini bahawa kerusi yang diperuntukkan kepada mana-mana parti dalam  gabungan Pakatan Rakyat kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

PAS  pada 1999 dan 2008, telah bertanding di kerusi itu manakala pada 2004  ia ditandingi PKR. Sebelum itu, kerusi berkenaan ditandingi Semangat 46  pada 1995.

"Saya  juga tidak suka tindakan yang di luar musyawarah (berunding) kerana ini  akan mengganggu gugat keharmonian pakatan dan ia juga boleh merumitkan  proses menentukan siapa yang patut bertanding," katanya ketika dihubungi  Bernama.

Nasrudin berkata, tindakan  meminta, mendesak atau membuat kenyataan mendahului pucuk pimpinan parti  oleh mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat itu perlu dielakkan kerana ia  bertentangan dengan semangat setiakawan dan persetujuan yang dicapai  ketiga-tiga parti.

Ketua pemuda PAS itu mengulas  laporan sebuah akhbar hari ini bahawa PKR Melaka akan menawarkan  calonnya untuk bertanding di kerusi DUN Merlimau dan ia akan dikemukakan  kepada pucuk pimpinan pusat untuk dibincangkan.

Ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin (atas, kiri)  dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan itu mengekalkan  status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan  calonnya untuk bertanding.

Keadaan hampir sama juga  pernah berlaku sebelum ini pada 2009 apabila PKR meminta meletakkan  calonnya di kerusi yang dikuasai PAS selama tiga penggal di DUN  Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Kerusi DUN Merlimau  kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan,  54, pada Khamis lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa ia  akan bermesyuarat pada Jumaat ini bagi membincangkan semua perkara  berkaitan pilihan raya kecil DUN tersebut. (IH)

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]