Monday, January 31, 2011

YAB KETUA MENTERI MELAKA DILANTIK PENGARAH PRK N 27 MERLIMAU

Ali Rustam Dilantik Pengarah Pilihan Raya BN DUN Merlimau
LABIS: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilantik sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac depan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara itu berkata, pelantikan Mohd Ali itu dipersetujui Perdana Menteri Datuk SeriNajib Tun Razak, yang juga pengerusi BN.
"Kita berkeyakinan terhadap kemampuan dan pengalaman beliau sebagai Ketua Menteri untuk menggerakkan jentera Barisan Nasional dan memastikan kerusi Merlimau itu kekal di pihak BN," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan di Masjid Pekan Ayer Panas di sini, Sabtu.
Beliau berharap, calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau yang bakal dipilih kelak akan menerima sokongan daripada masyarakat kawasan terbabit serta semua anggota dan kepimpinan BN.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau ialah pada 26 Februaridepan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, dari BN pada 20 Januari lepas. - BERNAMA

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]