Dua exco kerajaan negeri Selangor mempunyai penakrifan berbeza berhubung larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras. ![]() “Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar. “Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media. ![]() "Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu. Namun, menurut Hasan yang juga pesuruhjaya PAS Selangor , di bawah Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, peruntukan dibuat tidak membenarkan orang-orang Islam melibatkan diri di dalam urusan penjualan minuman keras. Kekang maksiat “Di dalam undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga terdapat persyaratan yang boleh menggunapakai peraturan yang serupa di dalam urusan pemberian lesen kepada pengusaha-pengusaha penjualan minuman keras tersebut,” katanya. Hasan berkata kedua-dua peruntukan itu dengan sendirinya boleh digunakan untuk mencegah orang-orang Islam daripada terjebak dengan hal-hal yang berkaitan dengan minuman keras yang diharamkan oleh agama Islam. ![]() Beliau juga berkata penguatkuasasan yang dijalankan oleh MPSJ itu merupakan antara usaha mengekang kegiatan maksiat melibatkan minuman keras yang begitu menjadi- jadi terutamanya yang melibatkan masyarakat Islam di negeri ini. Beliau berharap semua pihak menerima pendekatan berkenaan dengan dada yang terbuka dan tidak ada mana-mana pihak yang tampil mempolitikkan isu tersebut. |
Saturday, January 15, 2011
ISU ARAK DI SELANGOR : LAKONAN MURAHAN OLEH PAS DAN SKRIP OLEH DAP
Label:
SELANGOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment