Saturday, January 15, 2011

LIWAT II : BILA NAK HABIS NIE.....ASYIK TANGGUH JE

 
 
 
Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini sebulat suara menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Penghakiman dibuat oleh panel tiga anggota yang diketuai oleh hakim Datuk Low Hop Bing, yang membenarkan bantahan awal dan memutuskan bahawa perkara itu tidak boleh dirayu.

"Mahkamah memutuskan tertuduh tidak mempunyai hak untuk merayu pada peringkat interlokutori.

azlan"Kami kekalkan bantahan awal oleh pihak pendakwaan dan menolak rayuan itu,” kata Low.
Bantahan awal dikemukakan oleh timbalan pendakwa raya Mohamed Hanafiah Zakaria yang berhujah bahawa keputusan itu tidak boleh dirayu sepertimana ketetapan Seksyen 50 (1) (a) dan Seksyen 3, Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Hakim lain dalam panel berkenaan adalah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Ahmad Maarop.

Pada 6 Disember tahun lalu, Mohd Zabidin menolak permohonan pihak pembela supaya beliau menarik diri daripada terus mendengar kes tersebut.

Zabidin berkata, berdasarkan kepada transkrip mahkamah yang telah dibacanya, tidak berlaku berat sebelah di pihaknya, dan berikutan itu beliau menolak permohonan tersebut.

Permohonan itu dibuat ekoran dakwaan bahawa Zabidin mengancam peguam utama pihak pembela, Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah, selepas Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mahu membatalkan hakim tersebut kerana tidak mematuhi keputusan Mahkamah Agung membabitkan usaha pihak pembela untuk mendapatkan proforma form yang dirujuk oleh saksi Dr Siew Sheue Feng.

azlanWalaupun Zabidin menarik balik kenyataannya itu dan kemudiannya memerintahkan Dr Siew dari Hospital Kuala Lumpur menyerahkan proforma form yang digunakan sewaktu melakukan pemeriksaan ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetapi Karpal masih bertegas dengan tindakan membatalkan hakim tersebut dengan alasan wujud bahaya berlakunya berat sebelah.
Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Kes itu dijadualkan untuk pengurusan kes pada Isnin.

Terdahulu, peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh menggesa mahkamah menolak bantahan awal pihak pendakwa kerana menurutnya keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu kerana ia merupakan perintah muktamad.

Katanya jika Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu, masalah berhubung perkara itu akan berakhir.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]