Sunday, January 16, 2011

ISU AZAN : NAK DENGAR PENDIRIAN PAS

Pas dan Hudud

Rata-rata Pas mencanangkan merekalah pilihan untuk rakyat Malaysia yang terbaik untuk PRU 13. Ini kerana Pas dapat melaksanakan hukum hudud dan akan membendung segala bentuk jenayah dan sebagainya.

Persoalannya , mampukah Pas melaksanakan hukum ini kerana Pas telah gagal melaksanakan dan mengenakan hukuman kepada pemimpin pemimpin partinya yang terlibat dalam pelbagai kes jenayah.

Ini berlaku dalam negeri yang diperintah oleh Pas terutamanya dalam kes khalwat, zina, membawa lari anak gadis dan sengaja berkahwin di Thailand dan sebagainya.

Kelantan juga mencatatkan kes Aids dan Hiv tertinggi. Ini menunjukkan Pas Kelantan hanya pandai cakap tetapi tidak mampu melaksanakan apa yang dicakapkan.

Contoh lagi ialah kes liwat dan zina yang melibatkan Anwar Ibrahim. Sejak dahulu lagi Pas membesar-besarkan isu ini bersama dengan DAP. Kedua-dua parti ini juga menjadi sebahagian penyebab yang membuatkan Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Cuma hairan mengapakan hari ini penerimaan Pas dan Dap terhadap Anwar sudah berubah. Jika dahulu dia adalah musuh dan dicemuh dengan pelbagai tuduhan , hari ini dia disanjung malah Pas kini langsung tidak mempercayai bahawa Anwar meliwat. Tok tok guru Pas dalam kuliah agama menuduh kerajaan sengaja menfitnah Anwar. Lihat betapa bijaknya Pas memutar belitkan kes Anwar.

Kes terbaru Ronie Liu mengarahkan PBT Selasngor menarik balik arahan menyekat orang Islam daripada bekerja di premis menjual arak seperti kelab malam, bar dan sebagainya. Arahan ini dikeluarkan oleh Ronie kerana presis arah dan hiburan kekurangan tenaga kerja.

Bukan Islam sendiri tidak mahu bekerja sebagai pelayan kerana mereka mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan pelayan atau bar tender bukanlah pilihan mereka. Orang Melayau yang tidak berpendidikan tinggi sanggup menerima apa juga tawaran kerja walaupun ianya pekerjaan yang tidak baik dari segi hukum civil ataupun syarie.

Tidak hairanlah selepas ini akan berlaku pengambilan pekerja secara besar-besaran di Selangor nanti selepas arahan dan larangan ditarik balik.

Disinilah peranan Pas Selangor untuk membuktikan bahawa slogan mereka bahawa PAS adalah pilihan terbaik. Sila buktikan sekarang.

Satu perkara lagi mampukah PAS melakukannya kerana suara PAS adalah kecil dan hanya dipandang sebelah mata oleh DAP.

Terkini ialah isu peguam MCA meminta azan di Lembah Pantai diperlahankan. Bukan main Pas menempelak Umno yang kononnya lemah, gagal dan memalukan. Begitu cepat Pas memberi respon.

Bagaimamapun Pas menjadi bisu apabila Teresa Kok membuat bantahan agar azan tidak dilaunglkan di Kinrara. Nah! Lihat sendiri , MCA mahu diperlahankan, DAP mohon dihentikan. Siapa lebih celaka?

Kepada peguam MCA tersebut, janganlah kita menuduh beliau secara melulu, siasatlah terlebih dahulu. Hari ini banyak surau atau masjid yang dikuasai oleh PAS menjadi kucar kacir. Punya nak menunjukkan mereka lebih Islam daripada UMNO sejam sebelum masuk waktu mereka telah pasang tape atau CD bacaan Quran, bukan nya perlahan tetapi sekuat-kuat hatinya. Bayangkanlah betapa bingitnya bunyi yang dipancarkan dengan pembesar suara berbentuk corong yang lebih kepada treble. Kalau pasang lagu P. Ramle pun boleh pekak telinga.

Kepada penyokong PAS, undang-undang dan hukum Fiqah bukan hanya tertumpu kepada hudud. Muamalat dan Muanakahat pun ramai orang PAS tak khatam lagi. So sudahlah jangan nak berdakyah dan beretorik lagi dalam isu ini. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]