Sunday, January 16, 2011

PAS CARI FATWA BARU UNTUK PRU 13

PAS DULU DAN KINI

Seingat Dzimba parti PAS adalah merupakan diantara parti yang tinggi prinsipnya dalam memperjuangkan islam. Pokoknya apa yang membuat beliau marah pada UMNO memang jelas mempunyai asasnya dan diantaranya; soal halal haram, arak judi dan riba.

Pernah dulu kita dengar ada orang orang PAS akan bomkan kilang Carlsberg di Shah Alam dan pelbagai lagi.

PAS amat benci orang UMNO yang mana katanya makan dan minum duit haram (Riba) kerana simpan wang dalam bank dan PAS juga menghina UMNO kerana bersengkokol dengan syarikat perjudian di Genting dan hasilnya adalah haram.

Maka pada masa itu kelam kabut la orang melayu dan menjadi topik persembangan di kedai kopi. Tidak keterlaluan kalau Dzimba kata kan disini bahawa ada umat islam yang berkerja dengan kerajaan dan Bank berhenti kerja kerana tidak mahu terlibat dengan wang hasil haram.

Haji Hadi pula dengan fatwa bahawa orang UMNO itu kafir kerana berkawan dengan Cina, India dan lain lain bukan islam. Maka banyaklah terjadi perceraian diantara umat islam yang kebetulan kelurga mereka berparti lain lain, yang bertunang putus tunang dan yang lebih menyedihkan adalah dalam satu masjid ada dua imam, satu kanan sujud, sebelah kiri baru angkat takbir.. hancur lebur umat islam.

Seingat Dzimba pada masa itu Nik Aziz tidak begitu pandai berfatwa.. dia lebih suka duduk mengajar agama di pondok Melaka Pengkalan Chepa dan Dzimba serta ramai umat islam yang lain amat menghormati beliau sebagai ulamak dan pejuang agama.

Selepas 2008 dan semenjak berkawan dengan Anwar dan DAP terutamanya, cerita sudah menjadi lain dan Nik Aziz pula yang membuat Fatwa..hancur lebur dan kelam kabut umat manusia. Haji Hadi cuma duduk diam.

Mereka berdua ni rupanya macam regu badminton Cheah Son Kit dan Foo Kin Keat yang menang Piala Thomas. Dia orang bergilir gilir smash. Tetapi smash Nik Aziz memang serong macam 'S" smash yang di perkenalkan oleh Razif dan Jailani ketika menang All England dan Piala Thomas. Memang pening satu dunia. Ikut suka mulut "celako celako celako" dia sahaja.

Semenjak daripada itu lah Dzimba pun sudah tidak hormat lagi kepada Nik Aziz, asal menulis tentang Nik Aziz dan PAS maka kata kata 'celako ,celako, celako " tu seolah olah sudah sinonim dengan mulut ini.

Fatwa PAS pun sudah lebih liberal, fokus fatwa adalah hanyalah yang berbentuk undi, maka arak, judi, riba, rumah urut dan pelbagai lagi sudah menjadi halal dan Nik Aziz pun tidak mahu befatwa, cuma tinggal Dr Hassan Ali yang masih lagi islam lama PAS. Hj Hadi dan Nik Aziz sudah masuk islam baru.. Islam "Celako Celako Celako".

Namun begitu, apa yang menghairankan Dzimba rata rata orang PAS tetap percaya dengan pemimpin mereka dan yang selalu berubah pendirian adalah orang UMNO dan pengundi atas pagar. Maka kalah dan menang dalam Pilihanraya adalah adalah samada disebabkan undi orang UMNO/BN atau pengundi atas pagar.

PRU 13, sudah semakin dekat, maka berdasarkan akan keadaan semasa, Dzimba amat yakin fatwa PAS yang songsang dan janji PKR yang penuh dengan kelentong tidak mampu untuk menyakinkan rakyat. Maka Nik Aziz kena cari fatwa baru la selepas PRU 13 atau mungkin bersara kerana patah pinggang akibat dikudakan Anwar dari belakang.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]