Tuesday, January 11, 2011

NEGARA ISLAM : ANTARA JANJI POLITIK PAS.....

Hadi ‘Wajib’ Rujuk Karpal, Kit Siang Berhubung Agenda Negara Islam

KUALA LUMPUR 10 JAN – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘wajib’ berjumpa dan merujuk terlebih dahulu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh atau Penasihatnya, Lim Kit Siang sebelum mengutarakan pendirian Pas berhubung agenda negara Islam.
Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, langkah berkenaan adalah penting agar segala tutur katanya tidak memakan diri sendiri selain menjaga maruah parti itu yang kini menjadi tumpuan umum.
Menurut beliau Hadi perlu bertanya dan mengadakan perbincangan dengan sekutu mereka yang lain khususnya Karpal Singh kerana pemimpin DAP itu pernah mengeluarkan kenyataan menyanggah prinsip perjuangan Pas berhubung agenda negara Islam.
“Jangan jadi “flip-flop”…..Hari ini nampak garang macam “Singa lapar“ dalam mempertahankan prinisp namun esoknya bila “dijentik“ dan “dipulas“ telinga oleh pemimpin DAP, maka akan berubah kenyataan.
“Jangan jadi “flip-flop”…..Hari ini nampak garang macam “Singa lapar“ dalam mempertahankan prinisp namun esoknya bila “dijentik“ dan “dipulas“ telinga oleh pemimpin DAP, maka akan berubah kenyataan.
“Bagi menutup perkara itu, mungkin ini jawapan Hadi…Kita akan berbincang dan itu adalah kenyataan peribadi saya….Bukankah itu menunjukkan perasaan was-was beliau dalam mempertahankan prinsip. Kepada Hadi, renungkan surah an-nas dan jangan jadi pemimpin yang mengamalkan politik syaitan,“ katanya.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata partinya tidak akan berkompromi pada prinsipnya dan tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan berhubung agenda negara Islam.
Prof Mohd Noor seterusnya menegaskan, apa yang diluahkan oleh Hadi hari ini menimbulkan seribu satu persoalan yang mana apakah Hadi mendapat tekanan daripada pihak tertentu agar mereka tidak memperjuangkan lagi agenda berkenaan dalam usaha menjayakan mimpi di siang hari pakatan pembangkang.
“Jika tidak mendapat tekanan, kenapa pula tiba-tiba terpancul kenyataan sedemikian rupa. Bagaimana pula dengan kesanggupan pemimpin Pas Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang baru-baru ini sanggup mati mempertahankan Karpal Singh. Bukankah Karpal dikatakan mula berlembut dengan apa yang diperjuangkan Pas Sejak sekian lama.
“Kalau Karpal berlembut, mungkin perkara ini tidak akan berbangkit lagi. Saya pun tidak tahu yang mana satu yang betul.
“Mungkin Hadi boleh berikan penjelasan lebih lanjut. Namun beliau mungkin kena tunggu “ ilham dan lampu hijau“ daripada pemimpin DAP khususnya Karpal Singh sebelum membuka mulut. Tunggu dan lihat selepas ini…Saya pun tidak arif sangat untuk komen lebih lanjut,“ katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]