Tuesday, January 11, 2011

PAS election shortlist comes down to two


JOHOR BARU: PAS is likely to field either lawyer Firdaus Masod or teacher Normala Sudirman as its candidate for the coming Tenang by-election.

However, Tenang PAS by-election machinery director Zulkifli Ahmad said the party had narrowed their options to two candidates but declined to confirm the names.

Firdaus is an exco member of the PAS Dewan Pemuda while Normala is a member of the PAS Dewan Muslimat Johor.

Both are from Segamat and in their 30’s.

Zulkifli said the PAS candidate would be announced on Jan 19.

“We do not know if we are going to go with a woman candidate or not but it would be an advantage as 53% of the voters in Tenang are women,” he said.

Pilihan raya kecil dewan kecil undangan negeri Tenang, besar kemungkinan menyaksikan pertembungan antara wanita apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu antara seorang lelaki dan seorang wanita.

NONE"Mesyuarat (semalam) telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ia hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Katanya, mesyuarat telah memilih seorang daripada dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi mewakili Dewan Muslimat PAS.

Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.

"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa.

azlanMesyuarat jawatankuasa itu diadakan buat pertama kali di pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur selepas bangunan berkenaan mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.

Walaupun belum ada mana-mana parti politik yang mengumumkan calon masing-masing, namun ada tanda-tanda kedua-dua BN dan PAS akan mengemukakan calon wanita pada hari penamaan calon 22 Jan ini.

Antara nama yang disebut-sebut akan diturunkan oleh PAS ialah bekas guru yang meletakkan jawatan secara 24 jam, bulan lalu.

Parti itu dikatakan akan mengumumkan calonnya pada satu majlis di Tenang Ahad ini.

Sumber parti itu berkata seorang bekas guru berusia 38 tahun, Normala Sudirman (bawah, kiri), yang juga Ketua Muslimah PAS Labis, adalah seorang daripada dua nama yang disenaraipendek itu.

NONESementara itu, terdapat ura-ura BN juga akan menurunkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan pada 30 Jan ini.

Andaian ini diperkuatkan lagi apabila Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini secara terbuka mencadangkan agar parti itu memilih Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh sebagai calonnya.

Berasal dari Chaah, Haslinda (bawah, kanan), seorang ahli perniagaan, dikatakan antara tiga nama yang berpotensi diturunkan sebagai calon BN.

Dua yang lain ialah Rusdin Mahmud, penolong guru besar, yang juga timbalan ketua Umno Bahagian Labis dan Hashim Daud, bekas guru besar yang kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Umno Bahagian Labis.

BN juga dijangka mengumumkan calonnya di Tenang pada 18 Jan.

NONEBagaimanapun, pilihan raya kecil ini berkemungkinan menyaksikan pertandingan tiga penjuru kerana G Sivanandan, 50, seorang anggota Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Ladang Kebangsaan, mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Sivanandan berkata beliau ingin menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai platform untuk menyuarakan masalah yang dihadapi kira-kira 800 pekerja ladang di kawasan berkenaan.Kerusi Tenang kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu akibat penyakit kencing manis.
Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.
Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]