Monday, January 10, 2011

Pemantauan harga bagaimana?

Harga bawang masih tinggi di Melaka


SEORANG pembeli terpaksa mengehadkan pembelian bawang besar apabila harganya naik secara mendadak di pasar Besar Melaka, semalam.


MELAKA 8 Jan. – Belum pun reda isu kesukaran mendapatkan minyak masak, harga barangan keperluan terutamanya bawang di negeri ini pula didapati melambung sehingga sekali ganda sejak empat minggu lalu.
Walaupun mengeluh dengan kenaikan yang tidak munasabah itu, namun pengguna dan peniaga makanan tidak mempunyai pilihan melainkan membeli juga bekalan itu pada harga yang mahal kerana ia keperluan dalam masakan.
Bagi peniaga bawang dan peruncit pula, mereka juga dalam dilema kerana mendapat bekalan itu pada harga yang tinggi menyebabkan bawang besar dijual pada harga antara RM5 hingga RM6 sekilo berbanding RM3 sekilo bulan lalu manakala bawang kecil pula pada harga RM9 sekilo.
Salah seorang peniaga bawang di Pasar Besar Melaka Sentral di sini, Abdul Latif Othman, 48, berkata, dia tidak menerima bekalan bawang India sejak sebulan lalu dan ini menyebabkan bawang dari negara lain turut meningkat.
“Sebelum ini, bawang besar atau kecil baru RM2 atau RM3 sekilo tetapi ketiadaan bekalan bawang dari India sejak sebulan lalu menyebabkan kenaikan bawang lain dari Thailand atau China.
“Harga bawang besar dijual pembekal meningkat RM21 seguni yang mempunyai berat lima kilo berbanding dulu baru RM6, menyebabkan kami terpaksa menjualnya pada harga lebih tinggi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Seorang lagi peniaga, Norehan Amir, 42, berkata, sebelum ini, dia mendapatkan bawang kecil dari pembekal pada harga RM7.80 atau RM8 bagi seguni yang seberat lima kilo.
Namun katanya, harga barangan keperluan harian itu telah meningkat kepada RM32 bagi seguni seberat 10 kilo sejak sebulan lalu.
“Harga bawang besar juga meningkat daripada RM9 kepada RM21 bagi satu guni seberat lima kilo,” katanya.
Bagaimanapun, pada masa yang sama tinjauan Mingguan Malaysia di pasar berkenaan mendapati ada juga peniaga yang menjual bawang besar lebih murah pada harga RM3.50 sekilo.
Peniaga berkenaan, Tan Kah Tho, 50, menjual bawang besar pada harga RM3.50 sekilo namun untuk bawang kecil Thailand, harganya tidak banyak berbeza berbanding peniaga lain iaitu RM8 sekilo.
“Semalam, saya jual bawang besar dari China ini pada harga RM4 sekilo dan saya yakin esok harganya akan lebih murah
“Dua minggu lalu, bawang kecil Thailand dijual pada harga RM10 sekilo, tetapi hari ini, saya telah menjualnya pada harga RM8 sekilo,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]