Tuesday, January 18, 2011

UMMI HAFILDA ALI VS KARPAL SINGH : SIAPA LEBIH CERDIK?

Karpal nasihat peguam Ummi Hafilda teliti undang-undang
16/01/2011 4:18pm

GEORGE TOWN 16 Jan. - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu memahami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya.

Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.

"Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun... hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya... dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik,” kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tergelak baca kenyataan Karpal Singh

KUALA LUMPUR 17 Jan. - "Para peguam yang mewakili saya hanya ketawa ketika membaca kenyataan Karpal Singh itu."

Demikian reaksi Ummi Hafilda Ali apabila ditanya reaksi peguamnya berhubung nasihat Karpal agar mereka meneliti undang-undang sebelum memfailkan saman terhadap Pengerusi DAP itu.

Menurut Ummi Hafilda, sebelum membuat keputusan untuk memfailkan saman itu, beliau telah mengadakan perbincangan dan konsultasi dengan dengan enam peguam.

"Mereka beritahu, tempoh memfailkan saman adalah bermula dari tarikh akhir rayuan di Mahkamah Tinggi iaitu pada September 2004. Jadi saya masih punyai masa.

"Janganlah semata-mata telah bercampur dengan raja putar alam, Karpal cuba pula menjadi ular yang membelit. Adakah anda takut?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Karpal mendakwa berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab diberi tempoh tidak melebihi enam tahun.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda mendedahkan beliau akan diwakili lebih daripada lima peguam dalam memfailkan saman berkenaan.

"Ia akan difailkan dalam waktu terdekat. Memang mengambil masa kerana kita perlukan lebih daripada lima peguam bagi mengukuhkan keadaan. Maklumlah, mahu berlawan dengan ular belit dan raja putar alam," ujarnya.

Mengulas mengenai reaksi diterimanya setakat ini, Ummi Hafilda berkata, sokongan keluarga terutama daripada kakak dan ibu tersayang sentiasa diterimanya.

"Ramai yang menyokong sehinggakan blog saya, http://srikandi7.blogspot.com/ berada di tangga ke-25 paling popular hanya dalam tempoh sebulan," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]