Wednesday, February 9, 2011

PRK MERLIMAU : LGE KATA PAS KALAH......

09 Feb - DAP Tak Yakin PAS Menang
lim-guan-eng

GEORGETOWN: DAP tidak yakin PAS yang diberi laluan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka, mampu merampas kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN).


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata peluang PAS untuk menang dilihat agak sukar terutama jika BN memutuskan untuk mempertaruhkan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Zaini Md Nor.





Menurutnya, (DUN) Merlimau memang susah (untuk pakatan pembangkang menang). Kalau letak Zaini sebagai calon, 80 peratus BN menang. DAP akan tetap menghulurkan bantuan kepada PAS pada pilihan raya kecil itu. Guan Eng diminta mengulas peluang pakatan pembangkang memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau yang dijadualkan 6 Mac ini.







Pilihan raya kecil ke-15 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, daripada BN yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra, 20 Januari lalu.







Kelmarin, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang memilih PAS untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu, sekali gus mengenepikan hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka yang mahu meletakkan Pengerusinya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.










Difahamkan PAS menyenaraikan beberapa nama untuk dicalonkan antaranya Yang Dipertua PAS kawasan Jasin, Jasme Tompang; Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka; Kamaruddin Sidek dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Yuhaizat Abdullah Jasme.









Bagi BN pula, tujuh nama disebut-sebut yang terdiri daripada kalangan pegawai kerajaan antaranya Zaini, 50, yang berasal dari Kampung Batu Gajah, Merlimau. Beliau adalah bekas Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah pertama.








Nama lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Mohamed Nasser Selamat; Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, Roslan Ahmad, Penghulu DUN Bemban, Jezlee Pit dan bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.








Di kalangan ahli politik yang akan dicalonkan termasuk Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Mohd Said Yusof, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Zaidi Attan dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Abdul Nasir Bazid.








No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]