Wednesday, February 9, 2011

Peruntukan JKM di Merlimau sebanyak RM279,500,

JKM salur RM1.5 juta di Jasin

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 8 Feb. - Sejumlah RM1.5 juta telah disalurkan kepada kira-kira 5,410 penerima bantuan pelbagai elaun dan bantuan kebajikan seperti kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di daerah Jasin.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman berkata, kawasan Serkam mencatatkan kawasan paling besar menerima peruntukan iaitu sebanyak RM332,380 dengan bilangan penerima seramai 1,238 orang," katanya .

Menurutnya, daripada jumlah itu, penerima jenis Bantuan Orang Tua (BOT) di kawasan tersebut paling banyak diberi bantuan oleh JKM iaitu seramai 383 orang dengan peruntukan sebanyak RM114,900.

''Pulai mencatatkan bilangan penerima bantuan JKM paling ramai iaitu 240 orang manakala Paya Tanjung paling sedikit dengan bilangan penerima seramai 30 orang," katanya di sini hari ini.

Selain itu, katanya, daripada keseluruhan 5,410 penerima bantuan JKM, BOT mencatatkan jumlah penerima paling ramai iaitu 1,800 orang dengan peruntukan terbesar sebanyak RM540,300.

Ujar beliau, ia diikuti Bantuan Am dengan seramai 1,576, Bantuan Kanak-Kanak (1,048 orang), Elaun Pekerja Cacat (547 orang), Bantuan OKU terlantar atau sakit kronik (249 orang), Bantuan OKU tidak upaya bekerja (183 orang) manakala tujuh orang menerima Elaun Latihan Sambil Bekerja.

Menurutnya, selain peruntukan BOT yang mencatatkan jumlah terbesar, diikuti Bantuan Am negeri (RM261,020); Bantuan Am persekutuan (RM92,320); Bantuan Kanak-Kanak (RM290,050) dan bagi Elaun Pekerja Cacat sejumlah RM224,100 telah disalurkan.

Ujar beliau, bagi Bantuan OKU terlantar atau sakit kronik ialah sebanyak RM75,300; Bantuan OKU tidak upaya bekerja (RM27,450) manakala RM1,400 penerima Elaun Latihan Sambil Bekerja.

Selain itu menurut Ab. Karim, kawasan Bemban menerima peruntukkan kedua terbesar dalam daerah Jasin selepas Serkam dengan sejumlah RM324,730 manakala penerima seramai 971 orang.

Katanya, BOT paling besar diperuntukkan kepada 322 orang di kawasan tersebut setakat ini daripada keseluruhan 971 penerima.

''Di kawasan tersebut, kawasan Jasin selatan mencatatkan penerima bantuan paling ramai iaitu seramai 175 orang manakala Jasin Hilir paling rendah bilangan penerimanya iaitu 19 orang," kata beliau.

Beliau berkata, kawasan lain dalam Jasin yang terlibat menerima peruntukan JKM adalah Merlimau sebanyak RM279,500, Sungai Rambai (RM241,870), Asahan (RM215,460) manakala kawasan Rim menerima RM118,000.

Menurutnya, seramai 1,042 orang menerima bantuan pelbagai jenis di kawasan Merlimau, 887 orang di Sungai Rambai, 822 orang di Asahan dan 450 dari kawasan Rim.

Sementara itu, beliau meminta kerjasama jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) melaporkan segera kepada wakil rakyat di kawasan masing-masing jika ada penduduk yang memerlukan bantuan.

Usaha itu, katanya, bagi membolehkan golongan kurang bernasib baik mendapat pembelaan sewajarnya daripada agensi yang berkaitan.

Sehubungan itu, ujar beliau, setiap anggota JKKK perlu sentiasa peka dengan masalah penduduk yang menghadapi masalah terutama mereka yang menghidapi penyakit kronik, orang kurang upaya, ibu tunggal dan fakir miskin.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]