Wednesday, February 9, 2011

PRK MERLIMAU : CALON PAS....

Calon Pas untuk PRK DUN Merlimau dibincangkan Ahad
09/02/2011 2:22pm

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Kepimpinan pusat Pas akan bermesyuarat pada hari Ahad ini bagi memutuskan siapa calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, bagaimanapun mereka tidak akan mengumumkan nama calon berkenaan selepas mesyuarat itu, sebaliknya ia akan diumumkan kemudian nanti, mungkin sejurus sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari.

"Sehingga kini kami belum terima senarai lagi, masih menunggu senarainya daripada Pas Melaka, kami jangka akan terimanya tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan antara nama-nama yang tersenarai untuk dihantar kepada kepimpinan pusat ialah Setiausaha Dewan Muslimat Pas Melaka, Kintan Man; Ketua Perhubungan Pas Melaka, Kamaruddin Sidek; Ketua Bahagian Jasin yang juga bekas calon DUN Merlimau, Jasme Tompang; dan Timbalan Ketua Bahagian Jasin, Yuhaizan Abdullah. – Bernama

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]