Monday, February 28, 2011

12,000 bendera BN penuhi Merlimau



Oleh Norizan Abdul Muhid
utusanmelaka@utusan.com.my

BENDERA Barisan Nasional kelihatan menenggelamkan bendera parti pembangkang di Kampung Ayer Merbau, Merlimau, Jasin, Melaka semalam. - utusan/GAIE UCHEL

JASIN 27 Feb. - Lebih 12,000 bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di sekitar Merlimau sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Penolong Setiausaha BN Melaka, Datuk Hasan Rahman berkata, sebahagian besar dipasang pada laluan masuk dan sepanjang jalan di Merlimau bagi menarik perhatian masyarakat pelbagai kaum menyokong calon BN, Roslan Ahmad.

Menurutnya, jumlah bendera BN yang sedia ada akan ditambah dari semasa ke semasa bagi memeriahkan bahang pilihan raya di kawasan itu.

"Dalam masa terdekat ini, kita akan menambah 10,000 bendera BN untuk dipasang di tempat-tempat awam dan kawasan tumpuan pengundi Merlimau," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Roslan Ahmad, 44, akan ditentang calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38, pada 6 Mac ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Selain itu kata Hasan, pihaknya mengadakan lebih 321 perjumpaan berkumpulan dengan pengundi di Merlimau.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Jasin berkata, melalui pertemuan yang diadakan itu, pihaknya yakin BN mampu meraih sokongan penuh pengundi.

Beliau turut meminta anak kelahiran negeri ini khususnya dari kalangan selebriti agar turun padang ke Merlimau bagi memberi sokongan kepada calon BN pada pilihan raya kecil ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Merlimau hari ini mendapati perang poster dan risalah kedua-dua parti masih hambar.

Persiapan kempen dari segi pemasangan bendera dan poster giat dilakukan oleh BN namun nampaknya kurang aktif di pihak Pas memandangkan tidak semua tempat di Merlimau dipasang dengan bendera parti itu.

Para peniaga pula memanfaatkan peluang kehadiran ribuan jentera pilihan raya BN dan Pas dengan menjual pelbagai jenis makanan, minuman serta buah-buahan di tepi-tepi jalan.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]