Monday, February 28, 2011

PEMBANGKANG AMAL KRONISME


Bukan BN, tapi pembangkang yang amal kronisme - Idris

JASIN 27 Feb. - Dakwaan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) mengamalkan kronisme berhubung pemilihan Roslan Ahmad sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau tidak berasas sama sekali.

Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Idris Haron berkata, BN tidak pernah memilih calon berdasarkan kroni tetapi atas kebolehan individu itu sebagai calon yang boleh menang.

Menurutnya, secara kebetulan bapa Roslan, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin adalah bekas wakil rakyat di Jasin dan bapa saudaranya, Datuk Abu Zahar Ithnin adalah bekas Ketua Menteri Melaka yang kelapan.

"Allahyarham bapa Roslan sudah meninggal dunia 19 tahun lalu iaitu pada 1991 dan bapa saudaranya pula bersara sebagai ketua menteri 11 tahun lalu.

"Oleh itu, tidak timbul soal kroni mengaitkan pemilihan Roslan sebagai calon BN untuk meneruskan legasi kepimpinan keluarganya.

"Beliau (Roslan) dipilih atas kapasiti dan kebolehannya sendiri," kata Idris ketika ditemui di sini hari ini.

Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu sebaliknya menegaskan bahawa pembangkang sebenarnya lebih mengamalkan dasar kroni.

Perkara itu katanya dapat dilihat apabila DAP dikuasai Penasihatnya, Lim Kit Siang bersama anaknya yang juga Setiausaha Agung, Lim Guan Eng serta menantunya, Betty Chew.

Katanya, Kit Siang sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur, Guan Eng pula sebagai Ahli Parlimen Bagan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Putih di Pulau Pinang yang juga Ketua Menteri negeri itu manakala Betty sebagai ADUN Kota Laksamana di Melaka.

"Begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikuasai oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sudahlah Anwar sebagai Penasihat PKR, isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan anaknya, Nurul Izzah pula sebagai Naib Presiden," katanya.

Beliau menambah, begitu juga dengan keluarga Pengerusi DAP, Karpal Singh yang turut mewujudkan kroni.

Ujarnya, Karpal adalah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor sementara dua anaknya iaitu Gobind Singh Deo ialah Ahli Parlimen Puchong dan Jagdeep adalah ADUN Dato Keramat.

Sehubungan itu, Idris meminta pengundi di Merlimau tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang yang membangkitkan isu kroni mengaitkan calon BN di Merlimau.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]