Monday, February 28, 2011

PAS mula merendah diri untuk tagih undi simpati



2011/02/28

Kempen pembangkang pada masa lalu tabur fitnah, provokasi

SELEPAS tewas dua kali berturut-turut pada pilihan raya kecil di Galas, Kelantan dan Tenang, Johor, PAS nampaknya meletakkan diri sebagai ‘underdog’ dalam menghadapi pilihan raya kecil serentak bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini. Sikap merendah diri PAS, sesuatu yang jarang dilakukan oleh parti itu sebelum ini, disuarakan oleh pemimpin kanannya selepas penamaan calon di Jasin dan Temerloh, kelmarin.

Di Temerloh kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pihaknya menyedari bukan mudah untuk mencapai kemenangan di Kerdau walaupun parti itu menampilkan calon terbaiknya. Di Jasin pula, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengakui tugas untuk menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Merlimau agak sukar, tetapi PAS akan menentang habis-habisan atas semangat demokrasi.
Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS pada 6 Mac ini. Di Merlimau, BN diwakili oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad, 44, yang akan berdepan dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri, Yuhaizad Abdullah, 38. Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, ditentang oleh Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43, di Kerdau.
Walau apa pun muslihat PAS apabila mengambil pendekatan sedemikian, kerusi Merlimau dan Kerdau sebelum ini, memang sentiasa dimenangi calon BN.
Berdasarkan rekod beberapa pilihan raya terdahulu, kedua-dua kerusi berkenaan memang dianggap sebagai kubu kuat BN. Cuma, antara dua kerusi itu, PAS dilihat lebih kuat di Kerdau berbanding Merlimau kerana 90 peratus pengundi di Kerdau adalah orang Melayu berbanding kira-kira 70 peratus pengundi Melayu di Merlimau.

Kerusi Kerdau dahulunya dikenali sebagai Sanggang dan terletak dalam kawasan Parlimen Mentakab, tetapi selepas persempadanan semula pada 2004, Kerdau diletakkan dalam kawasan Parlimen Kuala Krau.

Apapun, dua pilihan raya kecil ini, mungkin yang terakhir bagi penggal Parlimen sekarang, amat penting kepada BN dan PAS dalam menilai keberkesanan pelbagai aspek persiapan masing-masing untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Bagi PAS pula, Merlimau dan Kerdau boleh dilihat sebagai penentu sejauh mana kemampuannya menyekat momentum BN sekarang. Kerana itu, ramai melihat kenyataan merendah diri dua pemimpin kanan PAS pada hari penamaan calon kelmarin tidak lebih daripada taktik untuk menagih undi simpati rakyat Merlimau dan Kerdau.
Seperkara lagi yang turut menarik perhatian pada dua pilihan raya kecil ini ialah sejauh mana penceramah pembangkang tidak menggunakan taktik menyerang peribadi calon lawan, taktik yang sering digunakan pembangkang apabila ketiadaan isu besar untuk memburukkan parti lawan. Jika keputusan beberapa pilihan raya kecil lalu boleh dijadikan ukuran, langkah BN tidak mengendahkan pelbagai provokasi, fitnah dan serangan peribadi pembangkang ternyata memihak kepadanya.

Abdul Hadi, memberitahu pemberita di Temerloh kelmarin, PAS tidak akan menggunakan kempen yang menyerang peribadi lawan dalam setiap ceramahnya sepanjang kempen berlangsung. Di Jasin pula, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dilaporkan berkata serangan peribadi ke atas calon tidak seharusnya berlaku dan PAS tidak akan berbuat demikian sepanjang kempen.

Kesan daripada kenyataan senada dua pemimpin kanan PAS itu ditunggu dengan penuh minat sepanjang kempen di Merlimau dan Kerdau ini.

Apakah benar pembangkang tidak akan mengulangi taktik lama mereka terutama pada saat akhir berkempen dengan menabur fitnah dan melakukan provokasi dalam tempoh seminggu ini? Yang jelas, calon BN di Kerdau kelmarin terpaksa tampil menunjukkan sijil asal Ijazah Bahasa Arab yang diperolehnya daripada Universiti Al-Azhar pada 1997 selepas hampir seminggu dituduh gagal menamatkan pengajiannya di Mesir.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]