Friday, February 11, 2011

3 MINIT UNTUK JADI PENGUNDI


Hanya ambil masa tiga minit untuk mendaftar sebagai pengundi

PUTRAJAYA 10 Feb. - Bukan satu atau dua jam, tetapi hanya tiga minit sahaja diperlukan untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih baru dan seterusnya layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu sekali gus menolak dakwaan golongan yang sering memberi pelbagai alasan termasuk tidak ada masa untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, tindakan itu amat penting untuk memilih pemimpin kesukaan mereka yang difikirkan layak memimpin negara.

Bagaimanapun, katanya, dalam konteks itu, SPR tidak akan 'duduk diam' malah akan terus melipatgandakan usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai tanggungjawab berkenaan.

''Hanya tiga minit diperlukan untuk mendaftar dan perkara itu boleh dibuat di semua pejabat SPR negeri masing-masing atau di pejabat pos.

''Pegawai-pegawai kami juga akan pergi ke tempat tumpuan orang ramai seperti kompleks membeli-belah, pusat latihan termasuk pusat-pusat pengajian bagi memudahkan urusan pendaftaran dibuat,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abd. Aziz berkata, sebagai menghadapi persiapan pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan selewat-lewatnya Julai ini, SPR menjalin kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftarkan penduduk di rumah-rumah panjang dan di kawasan pedalaman.

''Kami sendiri pergi berjumpa dengan penduduk selain menambah kaunter daftar di bandar-bandar besar seperti di Kuching, Miri dan Sibu.

''Selain bekerjasama dengan JPN, SPR turut melantik Penolong Pendaftar Sementara di kalangan parti politik, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan pertubuhan belia untuk membantu kami,'' katanya.

Menerusi usaha tersebut, jelas beliau, seramai 465,201 penduduk Sarawak yang mungkin terlepas peluang untuk mengundi berjaya didaftarkan.

''Namun jika rakyat masih menganggap mendaftar sebagai pemilih tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka, usaha ini akan menjadi sia-sia,'' katanya.

Mengikut Daftar Pemilih terkini suku ketiga 2010 yang diwartakan pada 27 Disember lalu, Sarawak mempunyai 1,435,638 penduduk yang melepasi umur 21 tahun dengan 970,437 daripadanya telah mendaftarkan diri sebagai pengundi./td>

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]