Friday, February 11, 2011

PEMBANGUNAN DI MERLIMAU DIRANCAKKAN LAGI.

Taman rekreasi di Jeti Muara Sungai Merlimau

JASIN 10 Feb. - Kerajaan negeri bercadang mewujudkan taman rekreasi yang mengandungi habitat binatang ternakan berhampiran Jeti Muara Sungai Merlimau di sini pada masa depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, rancangan tersebut termasuk dalam projek menaik taraf jeti berkenaan yang melibatkan perbelanjaan kira-kira RM5.6 juta.

Menurutnya, peruntukkan itu disediakan di bawah kerajaan Pusat selepas perlaksanaanya diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan lawatan ke jeti tersebut tahun lalu.

''Jeti Muara Sungai Merlimau ini akan menjadi salah sebuah taman rekreasi di negeri ini malah di situ bukan sahaja ada jeti tetapi ada taman hidupan monyet dan kucing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan nelayan Jeti Muara Sungai Merlimau di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah.

Menurutnya, idea mewujudkan taman rekreaksi itu adalah dari kumpulan nelayan di situ yang merasakan kewujudan habitat kucing dan monyet di kawasan tersebut mampu dikomersilkan sebagai produk pelancongan.

''Pembinaan taman ini adalah idea nelayan di jeti tersebut yang prihatin dengan nasib kucing dan monyet yang terbiar di kawasan tersebut," katanya.

Usaha itu, katanya, selaras dengan komitmen kerajaan negeri yang mahu mempelbagaikan produk pelancongan negeri dari semasa ke semasa.

Selain itu kata Mohd. Ali, projek menaik taraf Jeti Muara Sungai Merlimau dianggap unik kerana jeti akan dibina berbumbung sekali gus pertama diwujudkan di negeri ini.

Menurutnya, bumbung sepanjang 150 meter dibina pada bahagian kiri dan kanan jeti tersebut bagi memudahkan 53 nelayan dan pengunjung menikmati kemudahan tersebut.

Pada masa yang sama, katanya, projek itu turut melibatkan pembinaan menara tinjau di kawasan jeti berkenaan bagi tujuan keselamatan nelayan di situ.

''Apa yang saya lihat, pembinaan semula jeti ini akan melancarkan pergerakkan nelayan untuk menangkap ikan di Selat Melaka.

''Menara tinjau juga akan dibina bagi kemudahan dan keselamatan nelayan," katanya.

Sementara itu, salah seorang nelayan Jeti Muara Sungai Merlimau, Said Bakar, 46, berkata, pihaknya menghargai keperihatinan kerajaan negeri untuk menerima cadangan mereka mewujudkan taman rekreasi di situ.

''Idea ini dihasilkan oleh pera nelayan bersama-sama dan kami sangat terharu kerana ia mendapat perhatian.

''Para nelayan juga amat menghargai komitmen kerajaan untuk menaik taraf jeti lama di sini demi memudahkan nelayan menjalankan urusan harian dengan lebih baik pada masa depan," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]