Friday, February 11, 2011

NIK AZIZ,ANWAR, LIM GEMPUR MERLIMAU....




Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat akan mengempur Merlimau menjelang pilihan raya kecil dewangan undangan negeri itu pada 6 Mac depan, lapor Harakahdaily.

NONEMenurut setiausaha jentera pilihan raya PAS Melaka, Bahiki Ismail, mereka terdiri daripada mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Selain menggempur kubut kuat BN berkenaan, ketiga-tiga mereka akan juga menghadiri beberapa program yang diaturkan oleh Pakatan Rakyat Melaka.

"Nik Abdul Aziz akan merasmikan markas induk pilihan raya PAS di Taman Muhibbah Merlimau pada 12 Februari, jam 11.00 pagi.

“Beliau (juga) akan menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di pusat tahfiz As-Solihin pada 8.00 malam pada hari yang sama,” katanya ketika ditemui di bilik operasi PAS di Merlimau, pagi tadi.

Tambahnya, pada hari yang sama, Nik Aziz akan menyampaikan ceramah bermula jam 9.00 malam di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan Lim.

azlan"Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan berada di Melaka pada 15 Februari di mana beliau akan berceramah di Permatang Seri iaitu di rumah Ibrahim Abdullah," katanya.

Menurut Bahiki kedatangan ketiga-tiga pemimpin besar Pakatan Rakyat itu dilihat mampu menaikkan semangat petugas parti dan sokongan pengundi kepada mereka.

Pakatan Rakyat pada 7 Februari lalu sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Semalam, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata kepimpinan pusat PAS akan bermesyuarat pada Ahad ini bagi memutuskan siapa calon parti itu.

azlanBagaimanapun katanya, mereka tidak akan mengumumkan nama calon berkenaan selepas mesyuarat tersebut, sebaliknya ia akan diumumkan kemudian nanti, mungkin sejurus sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

DUN Merlimau mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]